Arena sosial berasaskan audio kini mendapat perhatian ramai, Apatah lagi dengan populariti Clubhouse dan Twitter Spaces yang semakin meningkat. Tidak ketinggalan dalam arena ini adalah Facebook.
Selepas mengumumkan ciri memfokuskan audio mereka tersendiri, kini Mark Zuckerberg dilihat menguji ciri alternatif Clubhouse di Facebook dalam bentuk beta dinamakan sebagai Live Audio Rooms.
Melalui Live Audio Rooms di Facebook, ia membolehkan pengguna menganjurkan bilik perbualan audio mereka tersendiri yang disertai oleh beberapa rakan untuk berbual – sementara pengguna lain boleh mendengarnya dengan memasuki bilik audio berkenaan.
BACA JUGA: Syarat dan Kaedah Pengewangan Facebook untuk Wang Tunai Tambahan
Berbeza dengan Twitter Spaces, antaramuka Facebook Live Audio Room ini lebih menyerupai kepada Clubhouse dengan pembahagian mereka yang sedang bercakap, rakan-rakan mereka, dan pendengar lain.
Buat masa ini, ia masih tidak menyertakan ciri “angkat tangan” untuk turut memberikan pendapat. Apa pun, ia mungkin berubah tidak lama lagi.
BACA JUGA: Facebook Bakal Melancarkan Jam Tangan Pintar Dengan Dwi-Kamera
Ia tidak diketahui lagi bilakah Facebook akan memperkenalkan ciri ini secara terbuka kepada semua pengguna seluruh dunia.