Yoodo menawarkan pelan baharu khusus untuk mereka yang layak menerima bantuan Jaringan Prihatin. Menerusinya pelan dengan kuota data 80GB sebulan dapat dinikmati dengan bayaran hanya RM5 sebulan.
Pelan akan menawarkan 20GB data Internet berkelajuan tinggi selama sebulan. Kemudian kuota data percuma 2GB sehari boleh ditebus setiap hari mengikut keperluan pelanggan. Pengguna boleh menggunakan pelan ini sehingga 31 Julai 2022. Menerusi pelan ini, Yoodo berharap dapat meringankan beban pengguna yang terpaksa melakukan aktiviti PDPR atau bekerja dari rumah sepanjang tempoh sekatan penuh pandemik ini. Untuk terma dan syarat pelan ini sila ke pautan YOODO






