Huawei: Jam Tangan Pintar Untuk Kanak-Kanak Dengan Kamera 5M

Huawei memperkenalkan beberapa aksesori bersama-sama pengenalan Huawei P50, dan salah satunya adalah jam tangan pintar untuk kanak-kanak.

Huawei Children Watch 4 Pro ini hadir dengan rekaan muka jam berbentuk empat-segi, dan boleh dihubungkan bersama sejumlah peranti Huawei seperti telefon pintar, tablet dan sebagainya.

Huawei turut menyertakan sokongan penjejak lopkasi, bagi memudahkan ibubapa mengetahui lokasi anak pada sesuatu masa.

Disamping itu, ia turut dilengkapi kamera 5-megapixel yang boleh digunakan bagi tujuan panggilan video.

Buat masa ini, ia ditawarkan di China sahaja, pada harga 998 Yuan, iaitu sekitar RM650.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!