Poco X3 GT Akan Dilancarkan di Malaysia.

Poco bakal melancarkan Poco X3 GT untuk pasaran global, iaitu Redmi Note 10 Pro 5G yang dilabelkan semula sahaja. Peranti ini akan hadir dengan skrin 6.6-inci IPS LCD 120Hz, dijana cip pemprosesan MediaTek Dimensity 1100 dan memori sehingga 8GB RAM serta storan dalaman UFS 3.1 yang mencapai 256GB.

Xiaomi Malaysia hari telah mengumumkan yang Poco X3 GT akan dilancarkan di Malaysia 28 Julai ini.

Peranti dengan sistem tri-kamera 64+8+2 MP ini juga dilihat mungkin akan menjadi peranti Poco terawal menjalankan MIUI for Poco berasaskan MIUI 12.5 yang dibina di atas Android 11. Kamera swafoto adalah 16MP, bateri pula adalah 5000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 67W.
Di China, Redmi Note 10 Pro 5G dijual pada harga bermula sekitar RM970. Sama-sama kita nantikan ketibaan tarikh 28 Julai akan datang.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!