Terowong Dasar Laut (Underwater Tunnel) Keempat Terpanjang Di Dunia

Tokyo Bay Aqua-Line, atau juga dikenali sebagai Trans-Tokyo Bay Expressway adalah highway yang mempunyai terowong dasar laut (underwater tunnel) keempat terpanjang di dunia. 

Menghubungkan Kawasaki di wilayah Kanagawa dan Kisarazu di wilayah Chiba, ianya merentasi Teluk Tokyo (Tokyo Bay) dan dibina dengan gabungan 4.4km jambatan dan 9.6km terowong di bawah Teluk Tokyo.

Tokyo Bay Aqua-Line dapat memendekkan masa perjalanan dari Kawasaki ke Kisarazu sehingga 45 minit, iaitu 60km lebih pendek dari jalan asal.

Pembinaan Tokyo Bay Aqua-Line ini tidaklah semudah yang disangka. Projek pembinaan highway ini juga dipanggil “Apollo Project of Civil Engineering” kerana banyak cabaran yang perlu dihadapi oleh jurutera seperti tanah yang lembut di dasar teluk, angin, ombak, gempa bumi, dan sebagainya. Yelah, Jepun ni pun bukannya stabil sangat pun kan. 

Kajian selama 20 tahun dilakukan dan pembinaannya mengambil masa selama 10 tahun. Ia akhirnya dibuka pada umum pada tahun 1997. 
Ada seseorang bertanya kepada seorang Professor Jepun;
“Kenapa Jepun masih buat projek-projek tinggi risiko sebegini walaupun tahu Jepun itu sendiri tak stabil dari segi bencana alam? Gempa bumi, taufan, banjir dan sebagainya boleh berlaku bila-bila masa”

Professor itu menjawab,
“.. kalau asyik nak fikir risiko tinggi, memang apa pun takkan jadi lah..”

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!