Kemaskini MySejahtera Baharu Memudahkan Paparan Status Vaksin Dan Risiko Seseorang

Aplikasi MySejahtera akan menerima kemaskini bermula malam ini, yang mana akan memfokuskan kepada kemudahan paparan status vaksin seseorang dan juga status risiko seseorang.

 

Melalui kemaskini baharu ini, ia akan memaparkan status pengguna berkenaan sama ada telah divaksin penuh atau sebaliknya pada halaman imbasan daftar masuk ke sesuatu lokasi. Malah, sekiranya berisiko, ia akan turut memaparkan butang berwarna merah yang lebih jelas berbanding pada hari ini.

Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia mengatakan pengenalan kemaskini ini pada MySejahtera akan memudahkan lagi urusan harian, apatah lagi dengan kita perlu hidup bersama Covid bergerak ke hadapan.

Disamping itu, beliau turut mengatakan kemaskini baharu akan diperkenalkan dalam minggu-minggu akan datang dalam terus menambah-baik aplikasi MySejahtera.

 

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!