YouTube akhirnya mengambil keputusan untuk mula memadam video-video dan saluran-saluran yang didapati menyebarkan dakyah anti-vaksin. Akibatnya beberapa saluran besar anti-vaksin dengan ratusan ribu pengikut telahpun dipadam. Langkah drastik diambil oleh YouTube setelah mengambi nasihat pakar kesihatan dan 10 garis panduan baharu berkenaan kandungan Covid-19 telah diperkenalkan.
Hanya video yang mengandungi maklumat tidak tepat dan menyimpang akan dipadam. Perbincangan mengenai vaksin dan video pengalaman mengambil vaksin tidak akan dipadam bagi tujuan memulakan perbincangan di platform. Sungguhpun begitu YouTube berkata sejak tahun lalu mereka sudah memadam lebih 130,000 video yang mengandungi maklumat tidak tepat mengenai vaksin dan Covid-19 dari platform mereka.
Di Malaysia gerakan anti vaksin ini amatlah lantang di media sosial serta YouTube. Ada yang menunggang agama sehingga memburukkan keseluruhan umat dan ada juga terdiri daripada golongan terpaling sihat mendakwa imunisasi tubuh semula jadi adalah mencukupi untuk menentang Covid-19.