Redmi Note 11 Pro Bakal Hadir Dengan Pengecas 120W


Redmi Note adalah antara siri telefon dibawah Xiaomi yang popular dan mempunyai peminatnya tersendiri. Hal ini kerana penawaran spesifikasi pertengahan dengan penawaran harga yang sangat berbaloi.

Terbaru, desas-desus berkaitan Redmi Note 11 telah mula kendengaran. Mengikut informasi awal, Redmi Note 11 Pro dijangka hadir dengan sokongan pengecasan pantas 120W.

Sekiranya benar, maka kita akan melihat penawaran ciri premium daripada siri Xiaomi 11T Pro dan Xiaomi Mix 4 akan hadir ke siri peranti Redmi.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah siri Redmi Note 11 ini aka diperkenalkan. Dengan pelbagai cabaran dari segi industri pengeluaran dan semikonduktor, ia mungkin mengalami sedikit kelewatan sebelum kita melihat siri Redmi Note 11 ini secara rasminya.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!