Aplikasi Gambar Latar Yang Menarik Untuk Android

Dengan permulaan tahun baru, mungkin anda ingin memberikan nafas baharu untuk telefon pintar Android anda. Kaedah paling mudah, adalah dengan mengubah gambar latar, selain melakukan susunan semula widget, membuang aplikasi yang tidak digunakan, dan sebagainya.


Baca juga: Cara Mencegah Telefon Pintar Terlalu Panas Semasa Bermain Game


Bercakap mengenai gambar latar, terdapat beberapa aplikasi yang memudahkan anda menemui gambar latar baharu, dan terus memasangnya pada telefon pintar Android anda.

Backdrops – Wallpapers


Aplikasi percuma Backdrops ini menawarkan pilihan sejumlah rekaan gambar latar yang dimuat-naik oleh komuniti. Gambar latar ini boleh dipasang terus pada peranti pengguna secara automatik dengan pantas melalui pilihan “Set Up”. Aplikasi ini disokong oleh pengiklanan.


Abstruct


Abstruct menawarkan sejummlah koleksi gambar latar – seperti pada namanya, bercorak abstrak. Ia turut disusun mengikut koleksi dan kategor. Pengguna turut boleh mendapatkan koleksi gambar latar rasmi OnePlus terus pada aplikasi ini, selain koleksi Paranoid Android.



Tapet



Tapet adalah aplikasi gambar latar yang agak unik, dimana ia boleh menjana gambar latar berkualiti tinggi secara rawak mengkikut saiz resolusi peranti anda. Anda turut boleh bermain dengan menatal pada skrin dalam mengubah corak, mengubah warna dan sebagainya.

Muat-Turun Tapet untuk Android

Selain ini, terdapat sejumlah aplikasi lain yang memudahkan anda menjana gambar latar, termasuk menetapkannya untuk berubah setiap hari. Bagi anda sendiri, adakah anda menggunakan aplikasi khusus untuk proses ini? Atau anda melakukannya secara manual?

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!