AMALAN 7 BENTENG (7 Kota Besi, 7 Pasak Paksi, 7 Lautan Hadapan)

Mutaakhir ini banyak kejadian yang tidak diingini berlaku dalam masyarakat kita. Tidak kira kejadian jenayah, kemalangan, bencana, pukau, sihir dan lain-lain lagi.


Sang faqir mengambil sedikit ruang untuk berkongsi serba sedikit amalan peninggalan Ulama terdahulu untuk diamalkan dalam usaha dan ikhtiar mengelakkan berlakunya sebarang marabahaya pada kita dan keluarga samada di dalam rumah atau di luar rumah.


Kaedahnya :


1) Sebelum keluar rumah baca Yaasin:82 (3x) :


إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَن يَقُولَ لَهُ كُن فَيَكُونُ


” (Sesungguhnya urusannyaNYA apabila DIA menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya, “Jadilah!” Maka jadilah ia,” (Yasin :82).


apabila sampai di kalimah  كُن فَيَكُونُ doakan di dalam hati hajat perlindungan dari ALLAH semasa di luar rumah, bayangkan diri kita dan keluarga.


2) Melangkah dengan kaki kanan beserta bacaan doa keluar rumah setelah rumah sudah dikunci dan sebagainya :


بِسْمِ اللَّهِ ، تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ ، وَلا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّه


" Dengan menyebut nama ALLAH, aku menyerahkan diriku pada ALLAH dan tidak ada daya dan kekuatan selain dengan ALLAH sahaja"


3) Apabila pulang ke rumah, apabila terpandang pintu rumah atau pagar rumah, bacakan Yaasin:83 (3x)  :


فَسُبْحَانَ الَّذِي بِيَدِهِ مَلَكُوتُ كُلِّ شَيْءٍ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

"Maka Maha Suci (ALLAH) yang padaNYA kekuasaaan atas segala sesuatu dan kepada-NYA-lah kamu dikembalikan"


apabila sampai pada kalimah تُرْجَعُونَ, doakan di dalam hati perlindungan dari ALLAH semasa di dalam rumah, beserta dengan tarikan nafas panjang melalui hidung, dan hembuskan melalui mulut dengan lafaz Huu ke arah rumah.


Kemudian masuk ke rumah dengan doa masuk rumah :


بِسْمِ اللهِ وَلَجْنَا وَبِسْمِ اللهِ خَرَجْنَا ، وَعَلَى اللهِ رَبَّنَا تَوَكَّلْنَا

"Dengan nama ALLAH kami masuk rumah, dengan nama ALLAH aku keluar rumah, serta kepada-NYA aku berserah diri"


Mudah-mudahan Perlindungan dari ALLAH daripada segala marabahaya menyertai kita dan keluarga. InsyaALLAH.


Kenapa baca dua ayat ini sahaja? Siapa yang mengamalkannya? Ada syarahnya, dan sudah pasti syarahnya adalah secara berhadapan.


Semoga ALLAH Jalla Wa Ala merahmati Kita sekeluarga menuju kepada Rahmat dan RedhaNYA dunia akhirat. Aamiin Ya ROBB.


Ajazatukum.


Wassalaam.


Subscribe Channel Youtube
Wan Asrul Official


Subscribe Channel Telegram

Afiwaak

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!