Poco M4 Dijangka Dilancarkan Pada Februari - Skrin 90Hz

Selepas setahun lebih memperkenalkan Poco M3, kini Poco dalam perancangan untuk memperkenalkan kemaskini untuknya, iaitu Poco M4. Mengikut sasaran awal, Poco dijangka memperkenalkan Poco M4 pada Februari 2021 kelak.

Ia dijangka hadir dengan cip MediaTek, selain dilengkapi tri-kamera belakang dengan sensor utama 64-megapixel.

Dengan spesifikasi pertengahan ini, Poco dijangka menyasarkan pasaran yang inginkan peranti pada harga kurang RM500.

Sebelum ini, pada tahun lepas, Poco M3 telah ditawarkan pada harga bawah RM500. Untuk makluman juga, Poco sedia menawarkan Poco M4 Pro 5G di Malaysia pada harga bermula RM749.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!