BERTARUNG DENGAN JIN ARTOS DAN NAMOS (Berhati-hati semasa membaca)

Berhati-hati semasa membaca. Pastikan semangat kuat. Kerana Artos dan Namos masih BEBAS. Mungkin bersama anda semasa anda membaca perkongsian ini)

“Ahhh…panas-panas.. sakit.. jangan baca lagi…sakitlah b*d*h…” Tempik Puan J. Suami Puan J, Encik S memeluk tubuh dan memegang tangan isterinya yang semakin agresif.

“Dia makin kuat ustaz. Agresif.” Encik S berpeluh di dalam bilik yang berhawa dingin.
“Memang kalau berubat sebelum ini, memang begini kah?” Sang faqir menyoal.
“Memang macam ni ustaz, kena pula kalau dia dengan orang baca ruqyah.” Encik S menjawab.
Encik S bertugas sebagai seorang pensyarah. Manakala Puan J bertugas sebagai seorang arkitek, tetapi telah mengambil cuti tanpa gaji selama setahun disebabkan sakitnya.

Kisah kurang lebih 4 tahun lepas.
Pejabat sang faqir didatangi oleh sepasang suami isteri. 

Bermula dengan panggilan telefon, mengadu bahawa isterinya sedang sakit disihir dan ada saka besertanya.

Jenuh ikhtiar, sudah 5 tahun, sakit tidak hilang-hilang, akan kepanasan dengar ayat ruqyah, katanya.

Pertemuan berlaku pada tempat dan waktu yang dijanjikan.
Jejak kaki sahaja ke dalam ruangan pejabat, Puan J mula lemah kaki dan badan. Terpaksa dipangku dibawa masuk ke dalam bilik rundingcara.

Maklumat diambil.

Encik S dan Puan J duduk berhadapan dengan sang faqir. 

Sang faqir berkumat-kamit mulut membaca ‘ruqyah’.

Puan J mula resah.
Tiba-tiba bertukar suara. “Ahhh…panas-panas.. sakit.. jangan baca lagi…sakitlah b*d*h…”

Sang faqir tidak hiraukan. Terus membaca ‘ruqyah’ sambil tangan menulis sesuatu di kertas.

Puan J menjerit lagi, “ jangan baca dah. Panas. Aku janji aku keluar.”
Sang faqir menghabiskan tulisan di kertas kemudian menyoal, 

“Baca apa? Keluar apa?”
Puan J yang dalam ‘kerasukan’, “jangan baca ayat tu dah. Aku sakit. Kau faham ke tak? Panas.”

Sang faqir memberikan kertas yang sang faqir tulis sambil mulut berkumat kamit sebentar tadi kepada Encik S. “Cuba Encik S baca ayat tu, perlahan-lahan, dalam hati saja, sambil jari telunjuk letak pada perut isteri tuan.” 

Encik S berkerut dahi. “Baca ni ustaz?”

“Ye, baca dalam hati ye.” Sang faqir tekankan lagi.

Encik S membuat seperti yang disuruh.

Puan J menjerit sekuat hati. “Sakit..sakit… jangan bunuh aku…
Panas.. aku keluar..aku keluar…”

Encik S masih berkerut dan jari masih di perut Puan J.
“Sekarang Encik S angkat jari tu perlahan-lahan, ke leher isteri, isyaratkan untuk bunuh, macam pancunglah. Sambil baca ayat pada kertas tu dalam hati.” Sang faqir mengarahkan lagi.

Encik S melakukan seperti yang disuruh. Puan  J menjerit lebih kuat beserta surau garau keras. Encik S masih dengan wajah berkerut.

Setelah isyarat pancung dibuat, Puan J, melentok lemah, kemudian tiba-tiba bangun gagah, “Engkau bunuh adik aku, sekarang aku akan bunuh isteri kau pula.” Suara Puan J bertukar lebih garau sambil memandang tepat pada Encik S.

Pen yang berhampiran dengan dengan Encik S cuba dicapai.
Sang faqir dengan pantas seumpama The Flash mencapai terlebih dahulu. Pen tersebut memang sengaja diletakkan di situ. Ada tujuannya. Baca sehingga habis untuk memahami tujuannya.
“Kamu panas dengan ayat tu ke?” Sang faqir bersuara.

Puan J yang sedang ‘dikuasai’ oleh jin itu memandang sang faqir tepat, dengan kepala lentok kanan kiri beserta mata merah buntang besar.
“Aku panas, kaum aku panas dengan ayat tu. Adik aku dah suruh berhenti tadi, kenapa baca lagi? Kami semua panas. Kami duduk sini jadi peneman saja, tak buat apa pun. Kenapa sampai bunuh adik aku!!!” ‘Jin’ yang berada pada Puan J meradang.

“Adik kau nama apa?” Sang faqir menyoal.
Puan J menjawab setelah hampir 3 saat diam selepas disoal, “adik aku nama Namos.”

“Nama apa benda tu? Macam nama kereta pula.” Sang faqir memancing.

Puan J mencelikkan matanya, tangannya kedua-dua di atas meja seperti mahu menerkam. “Kau jangan hina adik aku. Dah bunuh adik aku, hina pula.” 

Sang faqir memandang pada Encik S dengan melirikkan pada isterinya, membuat isyarat ‘cant you see that?’

“Ok, nama kau apa pula?” Sang faqir menyoal.

Kurang lebih 3 saat diam, kemudian Puan J menjawab, “nama aku Artos.”

“Apa tos. Tak dengar” Sang faqir memancing lagi.

Puan J memandang tepat pada sang faqir, kemudian menghentak penumbuk di atas meja, “Artos. Nama aku Artos. Kau masih muda lagi, mentah, aku dah beratus tahun hidup, jangan cuba lawan aku.”

“Dah macam nama kapal angkasa pula. Apa-apa pun lah labu.” Sang faqir bersuara.

Sang faqir kemudian meminta Encik S, melakukan yang sama pada Puan J, iaitu meletakkan jari telunjuk pada perut Puan J, kemudian membaca dalam hati, ayat yang berada dalam kertas di tangannya.
Encik S berkerut lagi. Dalam keadaan terpaksa, Encik S mengikut.
Kesan yang sama, Puan J menjerit. “Aduh…aduh…Sakiiiiiitttttttt… Panassss….. tolong… “

Sang faqir meminta Encik S naikkan jari ke leher seperti sebelum ini.

Semasa Encik S mula mengangkat jari, mata Puan J tertumpu bulat pada jari Encik S, kemudian memegang kuat, seperti seorang pahlawan bertungkus lumus menghalang pedang sampai ke lehernya.

Encik S dalam wajah serba salah. 

Sang faqir lalu memetik jari di telinga Puan J.
“Puan J dah, boleh bangun.”
‘Pergelutan’ tadi terberhenti. Puan J seumpama sedar dari tidur, dengan nafas yang mengah, tersemput-semput seperti baharu mendaki bukit yang tinggi.

“Penat Puan J?” Sang faqir menyoal.

“Penat ustaz.” Puan J menjawab.

“Tapi saya rasa Encik S lagi penat, lama tu, 5 tahun. Bukan biasa-biasa punya jin tu.” Sang faqir bersuara.

Puan J mengangguk kemudian bersuara. “Macam mana ustaz? Ni kalau saya balik, jin ni ada balik, sampai kadang-kadang dia tak bagi saya tidur dengan suami pun.”

“Kalau jadi macam tu, suami tidur di mana?” Sang faqir menyoal.

“Dia tidurlah kat ruang tamu ke,tak pun kadang-kadang jin tu marah kalau suami saya ada dalam rumah. Kalau jadi macam tu, suami saya kena tidur hotel, kadang-kadang dalam kereta.” Puan J menyambung.

Sang faqir kemudian berkumat kamit mulut, Puan J kembali resah, seperti berada dalam mesin ketuhar. “ Panas… Sakit… Aduhhhhh… Jangan baca..” 

Sang faqir sekali lagi menulis pada kertas, kemudian memberi pada Encik S, dan meminta Encik S membaca tulisan pada kertas dalam hati, sambil menggosok belakang Puan J.

Encik S berkerut kuat membaca kertas tersebut. Dalam serba salah, Encik S melakukan seperti yang diminta.

Puan J menjerit kesakitan, “janganlah… sakit… sakit…”

Sang faqir meminta Encik S berhenti dan sang faqir sekali lagi memetik jari di sebelah telinga Puan J.
Puan J tersedar.

Kali ini sang faqir bertanya pada Encik S, “Can’t you see that?”

Encik S memandang sang faqir kemudian berpaling pada Puan J dengan 1000 kerutan dahi.
“Now, you tell me, what is your problem?” Encik S menyoal Puan J.
Puan J terpinga-pinga. “What? I don’t get you.”

Encik S mengetap bibir tanda tahan marah. “ How dare you? I terseksa sepanjang kita kahwin. What is your problem? You tell me now!!!”

Puan J dalam terpinga-pinga lagi. “WHAT? Syaitan apa dah rasuk you ni?”

Sang faqir terpaksa masuk campur.
“Wait Encik S, I know what is her problem. Please don’t scold her. I’ll explain to both of you. Now, please, both of you, cool down, sit back and relax. Kalau tidak saya tidak akan teruskan.”

Encik S menyandar sambil matanya tajam menjeling Puan J. “Saya percaya dia selama ini ustaz. Saya tak sangka dia tipu saya. Perawat lain pun tipu saya. Saya tak puas hati.”

Sang faqir mengisyaratkan supaya bertenang dan diam seketika.
“Ok now, may I start?”

Kedua-dua mereka mengangguk.

“First, Encik S, tolong bagi pada Puan J kedua-dua kertas tu. Puan J, please read it loudly.” Sang faqir meminta Encik S menyerahkan kertas tersebut pada Puan J.

Puan J terketar untuk mengambil, semasa Puan J menyentuh kertas tersebut, tiba-tiba Puan J merengus dengan suara garau seperti ‘Artos’ dan ‘Namos’.

Encik S dengan tidak semena-mena. “J, Please stop it. Enough of this. Just act normal.” 

Sang faqir mengisyaratkan pada Encik S supaya bertenang.
“Puan J, control yourself. Sebut Ya ALLAH, take the paper, and read it.” Sang faqir meminta Puan J.

Puan J dengan daya upaya seumpama ingin mengangkat batu seberat 100kg mengangkat kertas tersebut.

Encik S dengan nafas turun naik, seperti menahan marah.

Setelah kertas tersebut berjaya diangkat, sang faqir meminta Puan J membuka kertas tersebut dan membacanya.

Puan J lalu membuka lipatan kertas tersebut, kemudian berkerut dahi, tiada lagi tanda berat atau susah, tetapi dengan nada kepelikan., “Apa ni? Ini bukan ayat ruqyah.”

Sang faqir memandang Encik S sambil tersenyum.
“Yes Puan, itu senarai barang dapur yang isteri saya minta saya beli sebelum balik nanti. Saya terkumat kamit tu pasal tengah ingat balik barang yang dipesan. Cuba Puan baca, apa yang ditulis di situ?”

Puan J, dalam termanggu, “ Beras perang sekampit, garam 1 paket, ubi kentang 1 beg, bawang merah rm2, bawang putih rm2.. Nak saya baca ke semua ni ustaz?”

“Kenapa, jelaskan, list barang dapur, tu. Ok, kertas lagi satu, cuba ambil, mana tahu kalau dalam tu ada ayat ruqyah.” Sang faqir meminta Puan J.

Puan J sekali lagi terketar-ketar untuk ambil. 

“Just take and read it.” Encik S mengarah dengan geram.
Puan J berjaya mengambil dan diselak kertas tersebut. Sekali lagi wajah Puan J sejuta kerutan. “Apa ni ustaz? Ustaz dengan my husband tengah game i ke?” 

“Yang tengah game sekarang, u, bukan I or ustaz. What kind of wife, I just cant imagine, this is will happen to me.” Encik S bersuara.

“No Encik S, Puan J tak game Encik S. There is something that you should know. I’ll tell you later. We sort this first. Puan J, please read the passage loudly.” Sang faqir bersuara.

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.” Puan J membaca petikan di dalam kertas.

“Itu saja, ada lagi tak? Kot ada apa-apa ayat jampi ke ruqyah ke?” Sang faqir menyoal.

Puan J menggeleng. Tanda tiada apa lagi.
“Sebenarnya, apa yang jadi ye ustaz? I still don’t understand. But obviously, dia (merujuk pada Puan J) berlakon selama ni. Duit habis banyak pasal nak berubat dia. Ahhh..” Encik S melepaskan geram.

“Encik S bawa bertenang, saya cuba untuk leraikan kekusutan yang melanda jiwa Encik dan Puan.” Sang faqir memujuk.

“First of all, seperti maklumat yang saya baca dalam borang, Encik S dan Puan J sudah hampir 7 tahun berkahwin, tapi tak dapat zuriat. Baik, ini hipotesis saja, kalau salah minta betulkan ya. Puan J mula merasakan diri ada gangguan jin disebabkan terpengaruh dengan artikel or video or maybe dari mulut-mulut orang, mengatakan susah dapat zuriat tanda ada gangguan jin. Am I right?” Sang faqir menyoal.

Puan J terdiam, kemudian melangut kepada ke atas dan menjawab, “Ye..Betullah. Started from that. Then kami pergi berubat.”
 
“Ok, Thank you for the confirmation. But wait, belum selesai. Second, Encik S sukakan budak, I mean teringin hendak anak sendiri. Kalau dengan budak, excited lain macam. Am I right?” Sang faqir menyoal.

Encik S memandang sang faqir lama, berkerut, “ Yes it’s true. But how do you know and apa kena mengena hal tu dengan sakit dia ni?” Encik S mengakui sambil masih dalam keadaan marah.

“Ok Encik S, thank you for the confirmation. I’ll answer your question later, ok?” Sang faqir meminta Encik S bertenang.

“Ok, third, bermula dari berubat itu Puan J mula merasakan ketakutan tiba-tiba. Susah tidur malam, dan paling utama Puan J semakin stress apabila orang sekeliling mula menyoal dengan soalan, ‘bila nak dapat anak?’, ‘tak sunyi ke duduk berdua je?’, ‘kamu ni mandul ke?’, and the critical part is, this is maybe ok, Im sorry if im wrong, Puan dapat soalan ‘kamu ni mandul ke?’ dari suami sendiri. Am I right?” Sang faqir menyoal.

Puan J menunduk kemudian menitiskan airmata, menangis tersedu-sedu. Kemudian menjawab, “Betul ustaz. I feel like loser. I cant give him a happiness. I’m nothing. Even if I cuba macam-macam, deep inside, it hurts me.” Puan J menangis teresak-esak.

“Ok Puan J, thank you for the confirmation. And Encik S, tekanan pasal zuriat tu, must be from your mom maybe, from your colleague maybe, and maybe from someone who is ‘close to you’, this is just maybe ok, if im wrong, please correct me.” Encik S diam dan mengangguk lemah.

“Maybe you want to tell me anything, it would be my pleasure to listen it.” Sang faqir bertanya.

Encik S diam, memandang kiri, kanan, kemudian menarik nafas panjang dan memandang sang faqir. “ Ok, saya pernah ada scandal, tapi kami dah putus, at first, first pun bukan juga, sampai saat tadilah, saya fikir, isteri saya makin teruk pasal scandal ni punya buatan. Saya tak puas hati. That is why, antara sebab saya geram, bila semua dah revealed, saya rasa macam saya fitnah, sangka buruk pada orang lain, padahal lakonan saja.” Encik S menjawab geram.

“Ok Encik S, thank you for the confirmation. Fouth, mula dari kisah rasa tidak boleh mengandung sebab rasa ada gangguan jin, kasihan jin kena tuduh free. Then melarat ke kisah syak bekas skandal sihir isteri sebab sakit hati, then berubat merata. Sampaikan jumpa saja perawat, dengar saya ayat ruqyah, entah bacaan betul atau tidak, semuanya akan buat Puan J rasa lemah dan bermula dari lemah tu, Puan J mula rasa tidak senang, then masa itulah munculnya apa nama entah tadi tu (merujuk pada artos dan namos). But, sebenarnya watak tu muncul dari geram yang terpendam, Puan J geram, marah pada diri sendiri, apabila anak saudara Encik S datang ke rumah, Encik S hilang tumpuan pada Puan J, sehingga Encik S sanggup untuk tidur di rumah adik maybe, kakak maybe, abang maybe, untuk semata-mata boleh bermain dengan anak buah. Puan mula bercakap seorang diri untuk lepaskan geram, tempat Puan paling suka bercakap adalah depan cermin, bermula dengan menangis, kemudian ketawa, kemudian marah. Ini semua watak depan cermin. Sekali lagi, if im wrong, please correct me.” Sang faqir meminta pengesahan.

Puan J menyapu sisa air mata. Menarik nafas. Kemudian menjawab, “Betul ustaz. Terutama yang sanggup tidur rumah orang lain tu.”

“And since that juga, Puan mula tidak senang, tidak selesa, lagi-lagi kalau dengar ayat yang didakwa sebagai ayat ruqyah, puan akan bereaksi pening, hendak muntah, kadang-kadang muntah terus, rasa nak menjerit, bertempik, malam mimpi yang ngeri. Tambah lagi Puan baca dalam blog, dalam fb, dalam edaran whatsapp orang forward pasal tanda-tanda kononnya kena gangguan jin. Kemudian mula timbul rasa benci pada suami. Betul?” sang faqir menyoal.

Puan J menjawab, “betul ustaz. Ada satu masa tu, saya benci tengok barang dia, tiba-tiba saja. Saya pernah baling handphone dia, saya masa tak boleh kawal, lepas tu macam bangun dari tidur, entah, saya pun pening apa yang jadi.” 

“Encik S pun merasakan wanita di hadapan Encik S, bukan Puan J, tapi ada suatu makhluk lain yang duduk dalam badan dia, kan? Sebab perubahan 360 darjah dari sikap sebenar dia. Mesti ada rasa macam dia dikawal jin. Betul?” Sang faqir menyoal Encik S.

“Of course ustaz. Dengan suara berubah. Rasa lain macam. Mula-mula tak percaya. Tapi sampai tahap ambil pisau nak tikam saya, saya lari. Lepas saya keluar rumah, dia call saya pula, tanya kenapa keluar rumah tak balik lagi, dia tanya tu macam tak jadi apa-apa, padahal pinggan habis dia pecahkan. Saya pelik dah ustaz. Lagi pelik, dia macam tak ingat apa yang jadi. Dia cakap bukan dia yang buat.” Encik S menjawab.

“Terima kasih Encik Puan atas jawapan. Hendak tahu tak keputusan ujian tadi? Alahai macam peperiksaan pula, kan? (mereka tertawa kecil). Sebelum tu, minta Encik S rapat lagi dengan Puan J, pegang tangan Puan J, dakap erat. Boleh?” Sang faqir meminta Encik S.
Encik S merapati Puan J dan melakukan seperti yang disuruh.
“Ok, saya keluar sekejap untuk buat analisis keputusan, bolehlah masing-masing buat apa yang patut, nak minta maaf ke, nak cubit-cubit ke, nanti saya masuk balik.” Sang faqir lalu keluar dalam 5 minit, memberi peluang untuk mereka ‘berdamai’.

Selesai 5 minit, sang faqir masuk semula. “Ok, dah selesai?”
Encik S dan Puan J wajah ceria, bertanya dalam nada bergurau, “selesai apa ustaz?”
“Selesai berdamai lah. Apa lagi?” Balas sang faqir.

“Ok, first of all, masalah Puan J tiada kaitan dengan jin. Can you accept that?” Sang faqir menyoal.
“I can accept that. But what is actually happened?” Encik bertanya kepastian.

“Nak bagitaulah ni. Bawa bersabor. (Encik S ketawa kecil). What about you Puan J? Can you accept it? Atau ada bangkangan?” Sang faqir menyoal.

Puan J mengangguk lemah. “ Saya accept.”

“Ok, so boleh saya terangkan serba sedikit apa yang jadi ya. First, masalah Puan yang tak boleh dengar ayat ruqyah dan seangkatannya, itu dipanggil NOCEBO EFFECTS. Keadaan ini buatkan pengadu sudah set segala bentuk berkaitan adalah negative untuk diri dia. Benda ini duduk dalam Reticular Activating System. Nak cerita panjang pasal semua ini. Pendek ceritanya, apabila semua ransangan negatif itu muncul, RAS mula beri tindak balas, baik dalam jaga atau tidur. Kesan yang sama, kalau asyik mimpi buruk, ditambah pula Puan J ada masalah Insomnia, kesukaran tidur dan asyik berkurung dalam bilik. Perkara ini akan membuatkan tercipta alam atau watak lain, ini part yang paling dibimbangkan. Part tadi kita boleh kata fasa kemurungan. Tapi part kedua ni, iaitu timbul satu keadaan lain, orang kampong saya panggil SPD atau DID. Tahu apa dia?” Sang faqir menyoal.
Encik S menggeleng, “tak tahu ustaz, apa tu?”

“Puan J tahu?” Sang faqir menyoal.

Puan J juga menggeleng, “tak tahu ustaz.”

“Ok, SPD tu merujuk pada split personality disorder atau terms lainnya DID, dissociative identity disorder, ada juga yang panggil multiple personality disorder. Fuhh… dah macam lecturer dah. Orang yang ada masalah DID ini, samada dia sedar atau tidak sedar dia duduk dalam Alter dia, Alter tu maksudnya watak ciptaan dia sendiri. Faktor utama menyumbang DID ini, adalah pernah didera secara fizikal, didera secara emosi, emosi yang diabaikan dan penderaan secara psikologi. 3 daripada 4 itu ada pada Puan J, tapi, saya harap kita masih belum terlewat. Pen yang saya letak dekat dengan Puan J tadi sebagai tujuan hendak melihat aksi dan reaksi kepada situasi. Ternyata Puan J tidak mampu kawal. Harap Encik S dan Puan J, buat appointment dengan Psikiatris, minta diagnos dan presrikpsi ubat yang betul. Saya memberi gambaran berdasarkan kes-kes sebelum ini. Ramai yang terlewat pasal dalam kepala mereka, jin dan sihir, itu sahaja. Pen Padahal lebih dari itu. Saya harap sangat, selepas ini tolong jumpa dengan Psikiatris. Maybe ada sesuatu yang boleh kita betulkan.” Sang faqir menjelaskan.

Encik S dan Puan J mendengar dengan penuh teliti.

“Sebenarnya ustaz, kami datang sini pun sebab ada psikiatris cadangkan. Lepas jumpa dengan ustaz, dia minta jumpa dia semula. Dr (sambil sebutkan nama) yang minta saya datang. Ustaz kenal?” Encik S menyoal.

“ALLAHu ALLAH, maaf Encik S, saya memang tak kenal, mungkin kalau tengok, saya boleh cam kot.” Sang faqir menjawab.

“So, memang sah lah isteri saya ni tiada kaitan dengan gangguan jin ke, sihir ke, ustaz?” Encik S menyoal kembali.

“Soalan Encik S itu sebenarnya sudah terjawab, waktu Encik S dapat kertas dari saya, yang masa wajah jenuh berkerut tu. Jadi, Encik S jawablah sendiri soalan Encik S.” Sang faqir menjawab.

Kemudian menyambung. “Begini Encik S Puan J, untuk hal zuriat, nombor satu, kita kena ingat, zuriat adalah rezeqi dari ALLAH, ALLAH beri kepada mereka yang ALLAH hendak beri. So, boleh tak kita nakkan rezeki tu? Jawapannya boleh. Hendak TTC ni mesti ikut susunan, No 1, MINDSET. No 2, STRESS MANAGEMENT, barulah cerita no.3 Amalan Kesuburan itu ini dan macam-macam lain. Andai no 1 dan no 2 masih belum settle, hmm.. sendiri jawablah. Kena pula lagi, suami salah isteri, isteri salahkan suami, sampai bila pun tidak akan selesai. Saya tidak kata salah hendak berubat pasal kononnya ada jin kacau sehingga susah dapat zuriat, tapi berpadalah. Ambil langkah yang lebih relevan, jangan stuck pada satu tapak saja. Dapat?” Sang faqir membebel.

“Ustaz, sebenarnya, kawan saya pun ada recommend jumpa ustaz, dalam 2 tahun lepas kot, then ada beberapa kawan lagi cakap, jangan, sebab ustaz ni moden sangat, tak percayakan jin, tolak benda ghaib. So, kami tak jumpalah. Kalaulah kami jumpa ustaz awal lagi, kan bagus, duit dekat rm100k habis ustaz, nak berubat punya pasal. Saya mengaku salah saya ustaz, pentingkan diri (sambil menggenggam tangan isterinya). Terima kasih banyak-banyak ustaz. Saya lega. Terima kasih banyak-banyak. Saya akan betulkan balik yang tidak betul tu.” Encik S berpuas hati.

“Encik S, perubatan Islam yang sebenar bukan semata jin, sihir, ruqyah dan seangkatannya. Besar dan luas. Kita disempitkan pemikiran dengan benda-benda yang buat kita lalai untuk kita jaga sepatut-patutnya. Jenuh kita menegur, andai mentality masyarakat tidak berubah, kita tidak boleh buat apa. Perkara ghaib kita perlu beriman, percaya, ada. Jin ada, Syaitan ada, sihir ada. Tapi perlu kah sampai kita balut semua itu hingga ke dalam jiwa kita? Padahal kita perlu isbatkan ALLAH, yakin pada kekuasaan ALLAH, tolak keupayaan makhluk, lebih-lebih makhluk ghaib. Adakah dengan tolak keupayaan makhluk, kita akan dianggap tolak kewujudan makhluk? Inilah masalahnya, ramai yang salah faham dengan saya. Satu lagi, ayat ruqyah, itu dari ayat suci Al Quran. Bukan bermaksud tolak ayat ruqyah, tetapi saya hendak letak ayat ruqyah, yang di dalamnya adalah ayat suci Al Quran pada tempatnya. Supaya tidak menjadi fitnah kepada Al Quran sendiri. Perkataan Ubat dipangkal tidak semestinya menjadi gambaran ubat untuk semua, ubat apa? Ubat demam, ubat sakit perut, ubat sakit kaki, nama penyakit pun berlainan dah, sudah tentu ubatnya berlainan. But, andai kata, kita hendak baca ayat ruqyah untuk semua penyakit, silakan, untuk mengambil berkat, itu tiada masalah, andai sembuh, itu dengan izin ALLAH, andai tidak sembuh, itu dengan kehendak ALLAH. Yang tidak kena, kita gebang pada orang, semua penyakit boleh diubati dengan ruqyah. Ayat-ayat seperti itu bakal jadi peluru makan tuan. Bacalah Al Quran untuk meraih Rahmat dan Redha ALLAH, begitu juga dengan Ayat ruqyah, baca bagi tujuan lebih taqarrub dengan ALLAH Azza Wa Jalla. Gitulah Encik S. Semoga kita diberkati ALLAH. Saya doakan Encik S dan Puan J bahagia dan beroleh kebaikan dunia akhirat. Tolong doakan saya juga.” Sang faqir mengakhiri bebelan.

Sesi rundingcara selesai setelah hampir 1jam setengah. Pasasangan ini sang faqir bekalkan dengan ‘azimat’ 5 protokol utama dalam perihal TTC juga kebahagiaan iaitu, Touching, Talking, Hugging, Kissing dan Listening. Termasuk cara secara psikoterapi Islam bagi kes Puan J.

AlhamduLILLAH, ALLAH memaqbul usaha dan doa mereka. Kira-kira 2 tahun selepas itu, Encik S menghubungi sang faqir berhajat hendak membawa bayinya untuk ditahnik. Berbetulan semasa itu ada program berdekatan dengan tempat Encik S. Puan J, dengan izin ALLAH, telah bebas dari segala hurungan masalahnya sebelum itu.

Kisah di atas sebagai gambaran kepada apa itu NOCEBO EFFECT dan kesannya jika dibiarkan. Kalian mungkin salah seorang daripadanya. Dengar orang baca 'ruqyah' walaupun dari jauh, tiba-tiba ada rasa loya, pening dan sebagainya. Carilah jalan yang benar untuk penyelesaian sebenar. Baca dan hayati.

Perkara mistik ada disekeliling kita bukan bermaksud untuk kita balut akannya ke dalam kehidupan kita. Hakikatnya, bekalan kita untuk menuju akhirat itu lebih utama.

Berhati-hati dalam meniti,
Tetap hati usah bermimpi,
Kemas langkah tersusun rapi,
Kelak bahagia bertemu ILAHI.

Wassalaam.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!