Kosongkan Dan Dapatkan Storan Tambahan Pada Telefon Android Anda

Menjadi kebiasaan ketika menggunakan telefon, dimana kita memuat-turun pelbagai gambar dan dokumen, atau memasang aplikasi – dan kemudian tidak menggunakannya lagi. Hal ini sekaligus akan memakan storan pada telefon anda, walau tidak digunakan.

Terdapat beberapa aplikasi yang memudahkan anda membuang fail dan dokumen tidak digunakan atau tidak diperlukan. Salah satu yang rasmi daripada Google adalah Files by Google.

Melaluinya, ia menawarkan aplikasi berbentuk pengurus fail, dan turut menyertakan ciri untuk membersihkan peranti dengan membuang fail serta dokumen yang tidak diperlukan.

Untuk menggunakannya, anda hanya perlu memuat-turun aplikasi Files by Google.

Seterusnya, tap pada menu Clean yang terletak pada bahagian bawah. Aplikasi akan memaparkan pilihan untuk mengosongkan peranti – termasuk memadam rakaman paparan skrin, memadam fail bersaiz besar, memadam fail-fail yang dimuat-turun, dan juga pilihan untuk memadam gambar yang telah disandarkan ke Google Photos.

Anda juga turut boleh memilih “Browse” untuk melihat apa yang memakan storan, dan membuangnya secara manual.


Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun dan mula mengemaskan lagi storan peranti anda hari ini.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!