TikTok Menggantung Ciri Muat Naik Video Dan Siaran Langsung Di

TikTok Menggantung Ciri Muat Naik Video Dan Siaran Langsung Di Rusia

Setelah sejumlah besar syarikat-syarikat teknologi dilihat menghentikan jualan barangan ataupun perkhidmatan di Rusia, kini tiba pula giliran TikTok untuk melakukan perkara yang sama.


Perkhidmatan muat-naik video ringkas tersebut baru sahaja mengumumkan bahawa mereka telah menggantung fungsi muat-naik video baru dan juga ciri siaran langsung pada aplikasi tersebut untuk para pengguna di negara Rusia.

TikTok dilihat menggantungkan ciri-ciri ini kerana Vladimir Putin, Presiden Rusia baru sahaja meluluskan undang-undang media baru yang akan membolehkan kerajaan tersebut memenjara mana-mana individu selama 15 tahun sekiranya mereka didapati memuat-naik kandungan video yang kerajaan tersebut anggap merupakan berita palsu yang boleh menggugat keamanan negara.

BACA JUGA: Hacker Memastikan Rusia Menghadapi Perang Siber yang Belum pernah berlaku sebelum ini

TikTok turut mengatakan bahawa perkhidmatan permesejan dalam aplikasi mereka tidak terkesan dengan undang-undang baru ini. TikTok turut akan menilai perkembangan undang-undang ini dan akan mengemaskini terma pengguna mereka sekiranya diperlukan.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!