Ini Antara Tips Berbuka Puasa Untuk Kekal Atau Turunkan Berat Badan Di Bulan Ramadan

Sepanjang bulan Ramadan, masyarakat Islam mempunyai waktu yang singkat untuk mendapatkan tenaga dan khasiat yang cukup kerana mereka tidak boleh makan dan minum lebih daripada 12 jam sehari, iaitu dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. Oleh itu, mereka yang berpuasa perlu menggunakan dua waktu makan yang dibenarkan sehari iaitu sahur dan iftar (berbuka puasa) dengan sebaik mungkin. 

Penyahidratan adalah salah satu risiko yang terpaksa dihadapi semasa berpuasa kerana cuaca kita yang panas dan lembap. Ramai yang mengalami sakit kepala dan masalah untuk menumpukan perhatian kerana berpuasa. Perbezaan mendadak dalam tabiat pemakanan dan rutin seharian dalam 30 hari berpuasa boleh mengakibatkan pelbagai masalah penghadaman termasuklah sembelit dan sakit gastrik. Ketidakhadaman juga boleh berlaku akibat makan terlalu banyak atau lebih daripada biasa semasa berbuka. Orang yang berpuasa juga lazimnya berasa penat. 

Namun begitu, daripada menggandakan jumlah makanan sewaktu berbuka atau sahur, adalah lebih baik bagi anda menumpukan kepada kualiti dan jenis makanan yang dimakan supaya kesan-kesan negatif berpuasa di bulan Ramadan dapat dielakkan.


Ini Antara Tips Berbuka Puasa Untuk Kekal Atau Turunkan Berat Badan Di Bulan Ramadan

1. Mula makan berbuka dengan sedikit karbo ringkas. Ia terus beri badan tenaga segera.

2. Cukup secawan air manis, segelas air kosong, sebiji dua kuih atau 2-3 biji kurma.

3. Tunaikan solat maghrib kemudian baru sambung dengan makanan yang lebih berat.

4. Berbuka dengan 2/3 dari keperluan kalori diri sendiri. Sebaiknya simpan sikit untuk moreh.

5. Contoh 2/3 ialah 1000 kalori, ambil 750 kalori masa berbuka dan 250 lagi waktu moreh.

6 Jika makan nasi, mee, roti atau karbo lain, pastikan ada protein dan sumber serat sekali.

7. Karbo kembalikan tenaga. Protein kekalkan otot dan serat berikan rasa kenyang dan lama.

8. Kawal saiz hidangan. Ambil portion kecil dulu. Rasa tak cukup baru tambah sikit lagi.

9. 1 hari 1 nikmat hidup. Bahagi jadi 30 hari. Hari ni cendol, esok roti john, lusa murtabak. 

10. Dari suapan pertama ambil masa 15-20 minit untuk signal kenyang sampai ke otak. 

11. Makan dengan perlahan. Ia kawal paras gula dalam darah, insulin dan nafsu makan.

12. Berhenti sebelum kenyang dan bangun terus. Lagi lama ada depan makanan, lagi susah berhenti dan berterusan makan.


Elak terus belasah makan banyak awal waktu berbuka puasa.Ia bantu kawal paras gula dan insulin dari naik mendadak.Nafsu makan jadi lebih bertenang, mudah nak kawal diri dan dapat elak makan berlebihan.

Cukupkan minum air kosong. Bahagikan dari mula buka puasa sampai waktu moreh.Berdoa juga sebelum azan. Pesan Nabi S.A.W, ini waktu mustajab untuk doa.

Minta pada Allah agar terus kuat semangat dan berjaya turun berat badan pada kali ini.

Begitulah.
Marhaban Ya Ramadan.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!