Mukmin Pro Aplikasi Berkonsepkan Gaya Hidup Muslim Kontemporari

 

Mukmin Pro Aplikasi Berkonsepkan Gaya Hidup Muslim Kontemporari
Terdapat lambakan pelbagai jenis aplikasi berkonsepkan gaya hidup Muslim kontemporari komprehensif yang tersedia buat para pengguna peranti mudah-alih. Tidak dinafikan, pengenalan aplikasi sebegini memberi ruang kepada pengguna menikmati pelbagai perkara menarik yang merangkumi aspek kerohanian, di samping terbukti turut memudahkan kehidupan harian.

Terbaru, aplikasi Mukmin Pro telah dilancarkan sebagai satu lagi pilihan aplikasi berkonsep berkenaan yang boleh dimanfaatkan pengguna. Aplikasi mesra pengguna ini merupakan projek di bawah kelolaan pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura Sharifuddin. Ia juga terbuka untuk digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira umur, selain turut dikemaskini dari masa kesemasa.

Mukmin Pro Aplikasi Berkonsepkan Gaya Hidup Muslim Kontemporari
Pelbagai ciri dan fungsi khusus menarik yang disediakan. Ini termasuklah informasi waktu solat, petunjuk arah kiblat, himpunan audio doa, zikir dan ayat al-Quran, kandungan video dengan intipati islamik, dan banyak lagi. Pada pengamatan kami, antara-muka aplikasi kelihatan ringkas dengan padanan warna latar yang lembut seperti putih dan merah jambu.


Pemilihan warna ini adalah sinonim dengan Fazura. Pada masa sama, ia juga mempunyai ciri navigasi yang mudah digunakan dan dipelajari. Lebih menariknya, aplikasi juga adalah bebas iklan dan tiada keperluan untuk log masuk bagi memulakan penggunaannya.

Mukmin Pro Aplikasi Berkonsepkan Gaya Hidup Muslim Kontemporari

Aplikasi Mukmin Pro sudah boleh dimuat-turun secara percuma menerusi Google Play Store dan Apple App Store.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!