Android 13 Mempunyai Ciri Imbas Peranti Dari Aplikasi Berbahaya

Android 13 Mempunyai Ciri Imbas Peranti Dari Aplikasi Berbahaya

Dalam Android 12, Google ada menyertakan hab sekuriti untuk pengguna Pixel yang diberi nama Security Hub. Ia memaparkan status sekuriti peranti pengguna, akses kebenaran yang diberikan, tetapan kunci skrin dan banyak lagi.

Dalam Android 13 nanti, Google akan menggabungkan bahagian tetapan sekuriti dan privasi dalam satu bahagian yang diberi nama Security & privacy.

Android 13 Mempunyai Ciri Imbas Peranti Dari Aplikasi Berbahaya

Dalam Security & privacy, akan terdapat kad aksi (action cards) yang memberi amaran kepada pengguna mengenai risiko sekuriti peranti yang perlu diambil perhatian. Notifikasi turut akan dihantar kepada pengguna dan butang imbas peranti turut akan disertakan agar pengguna boleh imbas peranti apabila perlu atau apabila dicadangkan. Ia seakan Device Care pada peranti Samsung dengan One UI, iaitu satu tempat untuk semua menguruskan peranti.

Android 13 turut akan memadam sejarah papanklip (clipboard, tempat salin dan tampal tersimpan) secara automatik. Sistem pilihan imej ketika pengguna ingin kongsi ke aplikasi lain atau sosial media dikemaskini agar dapat akses imej atau video dipilih sahaja dan tidak boleh akses keseluruhan storan dalaman peranti. Ini seakan iOS yang boleh memberi akses kepada fail terpilih atau akses terus kepada semua.

Buat masa ini tidak pasti sama ada ia akan terhad kepada peranti Pixel atau pengeluar peranti bebas menggunakan ciri ini untuk diimplementasikan mana-mana sistem operasi berasaskan Android 13.


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!