Facebook Pay Akan Dijenamakan Semula Sebagai Meta Pay

Facebook Pay Akan Dijenamakan Semula Sebagai Meta Pay



Meta mengatakan platform pembayaran mereka yang kini dikenali sebagai Facebook Pay bakal dijenamakan semula sebagai Meta Pay.

Platform Facebook Pay digunakan untuk menguruskan pembayaran pada platform Facebook, Instagram dan WhatsApp  namun terhad mengikut negara. Sebagai contoh, di Malaysia, Facebook Pay hanya boleh digunakan pada Facebook sahaja.

Dengan penjenamaan semula ini, ia akan memudahkan lagi pengguna menggunakan platform pembayaran berkenaan pada arena metamesta yang dibangunkan Meta kelak.

Sebelum ini sendiri, Meta telah melakukan beberapa perubahan nama produk. Ini termasuk Oculus Quest yang dijenamakan kepada Meta Quest, selain Facebook Portal yang dipanggil Meta Portal. 

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!