Aplikasi Google TV Boleh Digunakan Di Malaysia

Aplikasi Google TV Boleh Digunakan Di Malaysia

Aplikasi Google TV kini secara rasminya boleh digunakan di Malaysia untuk mengawal televisyen Android TV. Menerusi kemas kini awal pagi ini, pilihan alat kawalan jauh boleh dilihat pada bucu bawah kanan dalam aplikasi. Google turut mengumumkan aplikasi juga akhirnya boleh dimuat turun oleh pemilik peranti iOS.

Aplikasi Google TV Boleh Digunakan Di Malaysia

Secara rasminya Google TV disokong di 100 negara seluruh dunia bermula hari ini. Sebelum ini sokongan diberikan secara rawak tanpa pengesahan rasmi. Di rantau Asia Tenggara aplikasi disokong di Filipina, Indonesia, Laos, Malaysia, Singapura , Thailand, dan Vietnam.

Proses menyambung Google TV ke TV adalah mudah dengan pengguna hanya perlu menekan butang alat kawalan jauh dan mengikuti arahan yang diberikan. Selepas tambatan dilakukan, televisyen pintar Android TV anda boleh dikawal sepenuhnya dari peranti pintar Android dan iOS.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!