Oukitel WP19 Dengan Bateri 21,000 mAh Yang Bertahan Sehingga 94 Hari

Oukitel WP19 Dengan Bateri 21,000 mAh Yang Bertahan Sehingga 94 Hari

Bosan dengan peranti yang tidak mampu bertahan sepanjang hari? Mahukan peranti yang hanya perlu dicas beberapa kali sehari? Penantian anda untuk peranti seperti ini telah berakhir dengan pelancaran Oukitel WP19 yang hadir dengan bateri sebesar 21,000 mAh. Ia jauh lebih besar berbanding Oukitel WP15 5G dengan bateri 15,600 mAh yang dijual tahun lalu.

Dengan bateri gergasi ini, ia boleh melakukan panggilan telefon selama 122 jam, menstrim audio sehingga 123 jam, menonton video sehingga 36 jam dan waktu standby sehingga 94 hari dengan sekali caj sahaja. Waktu mengecas semula bateri ialah 4 jam menggunakan pengecas 27W.

Outkitel WP19 dilengkapi skrin 6.78″ FHD 90Hz, dijana cip Helio G95, memori sebesar 8GN RAM, storan sebesar 256GB, kamera utama 64+2+20MP dan kamera swafoto 16MP. Salah satu kamera utama menggunakan model kamera infra merah Sony yang membolehkan ia melihat di dalam gelap.

Peranti bukan sahaja tahan bateri tetapi juga tahan lasak kerana melepasi piawaian MIL-STD-810G dan kalis air IP68. Sistem operasi yang digunakan pula ialah Android 12. Bagi yang berminat Oukitel WP19 dijual pada harga RM 2,689 sebuah.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!