Dizo Buds P Dengan Ketahanan Bateri Hingga 40 Jam

Dizo Buds P Dengan Ketahanan Bateri Hingga 40 Jam

Satu lagi aksesori audio baharu di bawah jenama Dizo bakal diperkenalkan tidak lama lagi. Dikenali sebagai Dizo Buds P, acara pelancaran untuknya telah dijadualkan berlangsung di India pada 28 Jun 2022. Ia juga merupakan set fon telinga nirwayar bertangkai sejenis separa terbuka yang dipadankan dengan pod pengecasan berbentuk segi empat.

Fon telinga ini juga akan mempunyai sepasang pemandu audio bersaiz 13mm dengan sokongan algoritma Boost+ terbina. Tambatan pantas boleh dibuat menerusi sokongan Bluetooth 5.3, di samping turut menyokong mod latensi rendah untuk penggunaan lebih baik. Turut melengkapinya adalah bateri yang boleh bertahan sehingga 40 jam dan boleh dicas semula melalui port sambungan USB-C.

Dizo Buds P boleh didapati dalam tiga pilihan warna seperti hitam, putih dan biru. Harga dan butiran lain masih belum didedahkan setakat ini. Ia bakal terjawab selepas dilancarkan secara rasmi kelak.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!