Kini Anda Boleh Membisukan Seseorang Dalam Panggilan Audio Di WhatsApp

Kini Anda Boleh Membisukan Seseorang Dalam Panggilan Audio Di WhatsApp

WhatsApp kini menambah beberapa ciri baharu pada aplikasi mereka. Salah satu yang terbaru adalah kebolehan untuk membisukan seseorang ketika dalam panggilan audio.

Ciri ini sangat berguna, terutamanya jikalau seseorang itu terlupa untuk menutup audio mereka ketika panggilan sedang berlaku sekaligus menganggu pengguna lain.

WhatsApp juga turut menambah sebuah indikator pada bahagian panggilan audio, memudahkan anda mengetahui sekiranya ada orang baharu yang menyertai panggilan audio yang sedang berlangsung.

Ciri baharu ini diperkenalkan kepada semua bermula dari hari ini, untuk digunakan dalam panggilan audio berkumpulan.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!