Microsoft Defender Pada Windows, Mac, Android Dan iOS Untuk Keperluan Sekuriti

Microsoft Defender Pada Windows, Mac, Android Dan iOS Untuk Keperluan Sekuriti

Sedekad yang lalu adalah normal untuk hanya memiliki satu sahaja komputer di rumah. Kini sudha menjadi kelaziman pula memiliki lebih daripada satu peranti untuk keperluan berbeza di rumah dan tempat kerja. Maka ini mendedahkan kini dengan pelbagai masalah sekuriti. Untuk memudahkan proses pemantauan sekuriti peranti-peranti yang dimiliki, Microsoft Defender untuk individu mula ditawarkan.

Aplikasi ini menawarkan pertahanan dari serangan perisian hasad, penipuan atas talian dan banyak lagi merentas platform Windows, macOS, Android dan iOS. Pelanggan Microsoft365 akan menerima Defender secara percuma menerusi langganan mereka.

Dengan Defender tahap sekuriti pada pelbagai peranti peribadi dan ahli keluarga boleh dipantau secara setempat. Selain itu aplikasi juga akan memberikan maklumat terkini mengenai isu sekuriti dan tips untuk mengukuhkan lagi keselamatan peranti.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!