Instagram Memaparkan Kesemua Video Ke Reels

Instagram Memaparkan Kesemua Video Ke Reels

Instagram sudah banyak berubah berbanding idea asalnya sebagai laman berkongsi gambar dalam bentuk segi empat sama seakan Polaroid. Sejak diambil alih oleh Meta, pelbagai perubahan telah dilakukan dengan Instagram kini menjadi laman perkongsian video, penstriman video dan juga laman edagang. Selepas dicabar oleh TikTok, kini Instagram mungkin akan menjadi seakan aplikasi perkongsian video paling popular dunia ini pula.

Instagram Memaparkan Kesemua Video Ke Reels

Beberapa pengguna menerima notifikasi kesemua video yang dimuat naik ke Instagram akan dikongsi terus ke Reels. Pelbagai kesan khas dan audio boleh ditambah pada video yang dimuat naik. Video juga boleh digunakan oleh pengguna lain untuk menghasilkan remix bersama dengan audio.

Ini ialah ujian kedua dari Instagram yang sebelum ini turut menguji susur masa yang hanya memaparkan satu gambar sahaja yang perlu ditatal ke bawah sama seperti TikTok. Adakah ini masa depan rekaan Instagram selepas ini? Jika diaktifkan kepada semua, adakah anda akan terus menggunakan Instagram?

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!