Shopee Hadkan Baucar Penghantaran Percuma

Shopee Hadkan Baucar Penghantaran Percuma

Shopee sedia menawarkan baucar penghantaran percuma yang biasanya perlu ditebus terlebih dahulu sebelum digunakan oleh pengguna ketika membeli. Apa pun, terbaru, ia dilihat Shopee melakukan sedikit perubahan bagaimana baucar penghantaran percuma ini berfungsi.

Melalui beberapa baucar baharu yang disediakan, Shopee mengehadkan baucar penghantaran percuma kepada hanya RM3 untuk Semenanjung Malaysia, dan RM8 untuk Sabah dan Sarawak. Ini bermakna, sekiranya kos penghantaran adalah RM6, maka anda akan hanya menerima diskaun RM3 (sekiranya di Semenanjung), dan perlu membayar baki RM3.

Shopee Hadkan Baucar Penghantaran Percuma

Penggunaan baucar juga tertakluk kepada pembelian minima sebelum dapat menggunakannya.

Ia tidak diketahui sama ada perubahan ini adalah untuk tempoh terhad, atau akan diimplementasikan selamanya oleh Shopee dan mungkin akan kurangkan baucar penghantaran selepas ini.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!