Ciri Zum Dalam Video Untuk Pelanggan Premium YouTube

Ciri Zum Dalam Video Untuk Pelanggan Premium YouTube

Ramai menonton video YouTube pada telefon pintar. Dari pengalaman peribadi penggunaan pada telefon pintar kurang memuaskan kerana skrin terlalu kecil sehingga kadang kala objek dalam video tidak dapat dilihat dengan jelas. YouTube hari ini memulakan ujian membenarkan pengguna zum ke dalam video untuk membesarkannya.

Gestur yang selama ini digunakan untuk membesarkan gambar dalam galeri kini boleh digunakan untuk membesarkan saiz video dalam YouTube. Pada waktu ini ciri ini hanya boleh diakses oleh pelanggan Premium yang menggunakan aplikasi Android.

Ciri Zum Dalam Video Untuk Pelanggan Premium YouTube

Ia perlu diaktifkan dengan menekan ikon akaun kemudian pergi ke tab Your Premium benefits. Seterusnya pergi ke Try new features. Ciri boleh diuji sehingga 1 September dengan Google mengumpul maklum balas dari pengguna.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!