Paparan Iklan Skrin Penuh Ketika Guna Aplikasi Google Bermula 30 September

Paparan Iklan Skrin Penuh Ketika Guna Aplikasi Google Bermula 30 September

Google kini telah mengeluarkan peraturan baharu, sekaligus mengharamkan aplikasi yang diterbitkan melalui Google Play untuk memaparkan iklan berskrin penuh secara tiba-tiba ketika menggunakan aplikasi atau permainan.

Sebanyak beberapa variasi bentuk iklan diharamkan dalam aplikasi. Yang pertama adalah iklan yang hadir pada permulaan atau ketika sedang bermain sesuatu permainan.

Disamping itu, iklan yang dipaparkan sebelum sesuatu aplikasi dimulakan juga tidak dibenarkan.

Paparan Iklan Skrin Penuh Ketika Guna Aplikasi Google Bermula 30 September

Google turut mengatakan iklan yang dipaparkan secara tiba-tiba dalam bentuk skrin penuh turut tidak dibenarkan selepas 30 September 2022.

Walaubagaimanapun, iklan berskrin penuh atas kehendak pengguna dibenarkan – sebagai contoh untuk melihat iklan bagi mendapatkan ganjaran permainan, ia dibenarkan.

Pengharaman ini adalah dalam usaha memastikan pengalaman yang baik, dan format pengiklanan tidak menganggu pengguna ditawarkan semua melalui Google Play.

Perubahan ini akan diimplemetasi bermula 30 September 2022.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!