Kerajaan Melancarkan Laman Khusus VaksinCovid.gov.my – Bersama-Sama Buku Panduan Berkaitan Vaksin


Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan secara rasminya sebuah laman sesawang khusus dalam menjadi pusat setempat untuk rujukan berkaitan vaksin Covid-19, iaitu vaksincovid.gov.my. Melalui laman setempat berkenaan, ia menawarkan sebuah buku panduan khusus untuk orang ramai mengetahui sepenuhnya berkaitan dengan penawaran vaksin Covid-19 di Malaysia.

Laman VaksinCovid ini juga turut menghimpunkan sejumlah video dalam menyampaikan kepentingan dan kelebihan menggunakan vaksin dalam usaha untuk mengekang penularan wabak Covid-19, selain pada masa yang sama menjadi orang disekeliling kita.

Buku panduan yang disertakan turut memberikan petanda yang mana laman ini turut akan digunakan sebagai salah satu pusat sehenti bagi pengguna melakukan pendaftaran untuk menerima vaksin kelak.


💢Muat-Turun Buku Panduan Vaksin Covid-19 Malaysia (PDF)


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!