WhatsApp Beta Kini Boleh Menggunakan Pelbagai Jenis Emoji

WhatsApp Beta Kini Boleh Menggunakan Pelbagai Jenis Emoji

WhatsApp Messenger telah pun memperkenalkan ciri memberi reaksi pada sesuatu mesej dengan emoji. Ini membolehkan respon diberikan pada sesuatu mesej tanpa perbualan menjadi meleret.

Ketika awal diperkenalkan, hanya enam emoji boleh digunakan. Sementara pilihan pelbagai emoji tidak lagi boleh digunakan, kerana masih dalam pembangunan. Terkini, dalam kemaskini beta untuk WhatsApp dan WhatsApp Business untuk iOS dan Android  ciri memberikan reaksi sudah boleh memilih mana-mana jenis emoji dalam pelbagai kategori.

WhatsApp Beta Kini Boleh Menggunakan Pelbagai Jenis Emoji

Kemaskini ini perlulah ke versi 22.14.0.71 untuk Android atau versi 2.22.15.6 pada iOS. Seperti memberikan reaksi sebelum ini, tekan mesej untuk beberapa saat, akan ada tetingkap emoji terpapar  cuma kini ia mempunyai ikon “+“. Tekan ikon tersebut untuk memilih emoji yang sedia terbina dalam sistem.

Kini anda boleh beri emoji cawan kopi, skuter, apa-apa kenderaan untuk memberi respon ke sesuatu mesej atau ingin beri Blue Tick kepada pengguna lain dengan cara yang lebih sopan.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!