Cip Baharu Tersendiri Untuk Pengurusan Bateri Pada Peranti Xiaomi 12S

Xiaomi sejak kebelakangan ini dilihat kerap fokus dengan pembangunan cip mereka yang tersendiri. Tahun lepas mereka hadir dengan Xiaomi Surge C1 sebagai cip untuk pengimejan. Kemudian mereka memperkenalkan Xiaomi Surge P1 untuk pengurusan kuasa tambahan.

Terkini, mereka telah mengumumkan yang Xiaomi 12S yang akan dilancarkan pada 4 Julai nanti turut akan dijana dengan cip tersendiri baharu Xiaomi Surge G1.

Cip Baharu Tersendiri Untuk Pengurusan Bateri Pada Peranti Xiaomi 12S

Cip ini adalah cip untuk pengurusan bateri pada peranti. Dalam siaran Weibo mereka, cip ini dikatakan adalah cip pelengkap untuk arena pengecasan mereka. Cip ini dikatakan akan memecahkan rekod dalam pengurusan bateri pada sesebuah telefon pintar.

Dengan cip ini ia boleh mengubah, mengedarkan dan mengesan mana-mana penggunaan kuasa yang berlaku dalam peranti. Ia akan memastikan semuanya berjalan dengan lancar dan efisien untuk peranti boleh dicas dengan pantas, tiada masalah memanas.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!