Anda boleh buat pendaftaran vaksin untuk ahli keluarga bermula 12 Mac


Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin hari ini menyatakan bahawa aplikasi MySejahtera akan melancarkan fungsi baru pada 12 Mac di mana pengguna boleh mendaftarkan ahli keluarga mereka untuk mendapatkan vaksin. Dengan fungsi ini, anak-anak boleh mendaftarkan nama ibu bapa mereka yang tidak mempunyai akaun MySejahtera.

Dengan pengenalan fungsi ini, Khairy menjangkakan pendaftaran yang semakin tinggi, sehingga lima juta pendaftaran pada dua minggu akan datang. Setakat hari ini, 3,832,976 orang telah pun mendaftar untuk program imunisasi COVID-19 di mana majoriti besar berdaftar melalui aplikasi MySejahtera.

Beliau turut berkongsi lima negeri yang menerima paling banyak vaksinasi setakat ini iaitu Sarawak, Pahang, Selangor, Kelantan dan Sabah. Selain berkongsi statistik, beliau turut memberi amaran kepada penerima vaksin supaya tidak memotong giliran jika waktu suntikan mereka masih jauh lagi.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!