Umumnya, kesihatan merupakan keadaan yang sempurna, sihat dari segi fizikal, mental, rohani dan sosial.
Kesihatan dari segi pemakanan pula, masyarakat perlu menjaga pemakanan sesama demi penjagaan kesihatan. Kita terlalu mewah dengan pelbagai jenis makanan yang kadangkala boleh juga mengundang pelbagai jenis penyakit berbahaya.
Kita perlulah memilih makanan yang berkhasiat agar dapat membendung masalah-masalah kesihatan yang tidak sepatutnya.
BACA JUGA:TIPS KESIHATAN DIRI DI BULAN RAMADAN
Berikut merupakan 27 petua kesihatan dan pemakanan yang sebenarnya menurut sains.
1. Jangan minum kalori gula
Minuman manis merupakan antara benda yang boleh membuatkan badan anda gemuk.
Hal ini kerana, otak anda tidak mengukur kalori dari gula cair dengan cara yang sama bagi makanan pepejal.
Ia juga dikaitkan dengan obesiti, diabetes, penyakit jantung dan masalah-masalah kesihatan yang lain.
2. Makan kacang
Walaupun tinggi lemak, kacang ini sangat berkhasiat.
Kacang penuh dengan magnesium, Vitamin E, serat dan mempunyai pelbagai nutrien lain.
Kajian menyatakan bahawa kacang boleh membantu mengurangkan berat badan dan boleh membantu melawan diabetes jenis 2 dan penyakit jantung.
Di samping itu, badan anda juga tidak menyerap 10-15% kalori yang ada dalam kacang. Sesetengah bukti juga mencadangkan bahawa makanan ini dapat meningkatkan metabolisme.
3. Elakkan makanan ringan diproses
Makanan ringan yang diproses adalah sangat tidak sihat.
Makanan ini juga biasanya rendah serat, protein dan mikronutrien, tetapi tinggi dengan bahan-bahan yang tidak sihat seperti, tambah gula dan bijirin halus.
BACA JUGA:8 Tips Puasa Untuk Menjaga Kesehatan Dan Kekuatan Tubuh
4. Jangan takut pada kopi
Kopi sangat sihat. Ia memiliki antioksidan yang tinggi dan kajian mengaitkan pengambilan kopi dengan umur yang panjang dan mengurangkan risiko diabetes jenis 2, penyakit Parkinson, Alzheimer dan banyak penyakit lain lagi.
5. Makan ikan berlemak
Ikan adalah sumber protein yang berkualiti tinggi dan mempunyai lemak yang sihat.
Terutamanya ikan berlemak seperti salmon, yang dimuatkan dengan asid lemak omega-3 dan pelbagai nutrien lain.
Kajian menunjukkan bahawa orang yang makan ikan paling banyak akan kurang risiko daripada diserang penyakit jantung, demensia dan kemurungan.
6. Dapatkan tidur yang cukup
Tidur yang tidak baik boleh menyebabkan rintangan insulin, mengganggu hormon selera, mengurangkan prestasi fizikal dan mental anda.
Lebih lagi, tidur secara tidak teratur merupakan faktor anda berisiko tinggi dalam penambahan berat badan dan obesiti.
7. Jaga kesihatan usus anda dengan probiotik dan serat
Cara terbaik untuk meningkatkan kesihatan usus anda termasuk makan makanan probiotik seperti yogurt dan sauerkraut, mengambil suplemen probiotik dan makan banyak serat yang berfungsi sebagai bahan bakar untuk bakteria usus anda.
8. Minum air, terutama sebelum makan
Minum air yang banyak membolehkan kita mendapat banyak manfaat.
Juga boleh meningkatkan jumlah kalori yang dibakar.
9. Jangan terlalu masak atau membakar daging makanan anda
Daging boleh menjadi sebahagian daripada diet anda yang berkhasiat. Tinggi protein dan mengandungi pelbagai nutrien penting.
Pastikan apabila anda memasak daging, pastikan tidak terlalu matang.
10. Elakkan lampu terang sebelum tidur
Apabila anda terdedah kepada lampu terang di waktu petang, ia boleh mengganggu pengeluaran hormon tidur melatonin.
11. Ambil vitamin D3 jika anda kurang mendapat cahaya matahari
Cahaya matahari merupakan sumber vitamin D.
Namun, kebanyakan orang tidak mendapat pendedahan kepada matahari yang cukup.
Sekiranya vitamin dari cahaya matahari kurang untuk anda peroleh maka suplemen vitamin D merupakan alternatif yang baik.
12. Makan sayur-sayuran dan buah-buahan
Sayur dan buah sarat dengan serat prebiotik, vitamin, mineral dan banyak antioksidan dan ada yang mempunyai kesan biologi yang kuat.
Kajian menunjukkan bahawa orang yang paling banyak makan sayur dan buah hidup lebih lama dan kurang risiko penyakit jantung, diabetes, obesiti dan penyakit lain.
13. Pastikan maakn protein yang cukup
Protein yang cukup penting bagi kesihatan optimum. Lebih-lebih lagi, nutrien ini penting untuk proses penurunan berat badan.
Pengambilan protein yang banyak boleh meningkatkan metabolisme. Ia juga boleh mengurangkan nafsu dan keinginan untuk anda makan pada larut malam.
Protein yang cukup boleh menurunkan kadar gula darah dan tekanan darah.
14. Lakukan senaman kardio
Melakukan senaman aerobik, iaitu kardio, merupakan perkara baik yang anda lakukan untuk kesihatan mental dan fizikal anda.
Amat berkesan dalam mengurangkan lemak perut yang mana jenis lemak berbahaya yang membesar di sekitar organ anda. Juga membawa kepada penambahbaikan utama dalam kesihatan metabolik.
15. Jangan merokok, menyalahgunakan dadah dan minum secara sederahana
Jika anda merokok atau menyalahgunakan dadah, selesaikan dahulu masalah tersebut kemudian ekori dengan diet dan senaman.
16. Gunakan minyak ziatun
Minyak zaitun tambahan adalah salah satu minyak sayuran yang paling sihat.
Minyak ini memberi manfaat pada kesihatan jantung, kerana mempunyai risiko yang jauh lebih rendah daripada serangan jantung dan strok.
17. Kurangkan pengambilan gula
Pengambilan gula yang berlebihan menyebabkan penyakit termasuk obesiti, diabetes, penyakit jantung dan banyak bentuk kanser.
18. Kurangkan pengambilan karbohidrat halus
Tidak semua karbohidrat diciptakan sama. Karbohidrat halus telah diproses dengan sangat baik untuk hilangkan seratnya. Karbohidrat ini agak rendah nutrien dan boleh membahayakan kesihatan anda apabila diambil terlalu banyak.
19. Jangan takut pada lemak tepu
Walaupun benar lemak tepu meningkatkan kolestrol, namun ia juga menghasilkan kolesterol HDL (baik) dan mengecilkan zarah LDL (buruk), yang dikaitkan dengan mengurangkan risiko penyakit jantung.
20. Mengangkat benda-benda berat
Angkat berat adalah salah satu perkara terbaik yang anda boleh lakukan bagi menguatkan otot anda dan memperbaiki komposisi tubuh anda.
Juga meningkatkan keshiatan metaoblik termasuk kepekaan insulin yang bertambah baik.
21. Elakkan lemak trans buatan
Lemak ini berbahaya, kerana lemak buatan manusia yang sering dikaitkan dengan keradangan dan penyakit jantung.
22. Gunakan banyak herba dan rempah
Halia dan kunyit yang kedua-duanya mempunyai kesan anti-radang dan antioksidan kuat yang membawa kepada pelbagai manfaat kesihatan.
23. Hati-hati dengan hubungan anda
Hubungan sosial sangat penting bukan sahaja untuk kesihatan menatl tapi juga fizikal anda.
Kajian menunjukkan bahawa orang yang memiliki kawan rapat dan keluarga lebih sihat dan hidup lebih lama.
24. Mengesan pengambilan makanan anda setiap masa
Satu-satunya cara untuk mengetahui berapa banyak kalori yang anda makan ialah dengan menimbang berat makanan anda dan gunakan nutrition tracker.
Kajian mendedahkan bahawa orang yang mengesan pengambilan makanan mereka cenderung berjaya mengurangkan berat badan dan diet yang sihat.
25. Hapuskan lemak perut yang berlebihan
Lemak perut sangat bahaya. Ia berkumpul di sekitar organ anda dan sering dikaitkan dengan penyakit metabolik.
Hal ini menyebabkan saiz pinggang anda mungkin jadi tanda yang lebih kuat daripada berat badan anda.
Kurangkan karbohidrat dan makan lebih banyak protein dan serat adalah langkah baik untuk menghilangkan lemak perut.
26. Jangan diet
Daripada menjalani diet, cuba dengan gaya hidup sihat. Fokus pada menjaga kesihatan dan bukannya merosakkannya.
27. Makan telur dan kuning telur
Telur disebut sebagai ‘multivitamin alam’.
Telur tidak mempunyai kesan ke atas kolestrol darah dalam kebanyakan orang dan tiada hubungan dengan risiko penyakit jantung.
Demikianlah 27 langkah mudah yang boleh membantu anda untuk memperbaiki diet.
Namun jika anda cuba menjalani hidup yang lebih sihat, jangan hanya fokus pada makanan, malahan latihan, tidur, dan hubungan sosial juga penting.