Pada hari ini, disebabkan oleh pembelajaran dan bekerja dari rumah, salah satu perkara yang sering diperlukan adalah keperluan untuk mengimbas dokumen dan menghantar ia kepada pihak berkaitan.
BACA JUGA: Ini Sebab Kenapa Kita Disaran ‘Restart’ Telefon Pintar
Untuk tujuan ini, anda tidak memerlukan sebarang pengimbas, sebaliknya boleh lakukan ia terus menggunakan telefon pintar anda.
Menggunakan Aplikasi Adobe Scan
- Aplikasi ditawarkan untuk iPhone dan Android.
- Perlu lakukan pendaftaran ringkas.
- Imbasan dokumen dilakukan secara automatik.
- Kelebihan – Boleh pilih teks pada dokumen yang diimbas.
- Pengguna boleh berkongsi dokumen yang diimbas dalam bentuk PDF selepas selesai imbasan.
BACA JUGA: 20 TIPS DAN TRIK Android untuk Mendapatkan Sebaiknya Dari Telefon Anda
Menggunakan Google Drive pada Android
- Sejumlah peranti Android hadir dengan Google Drive secara terbina, selain turut ditawarkan untuk pengguna iPhone.
- Buat imbasan dengan tap pada butang tambah, dan seterusnya memilih Imbas/Scan.
- Tangkap gambar dokumen, dan aplikasi akan menjadikannya dalam bentuk imbasan secara automatik.
- Kongsikan ia dalam bentuk PDF, dan simpannya juga ia di Google Drive untuk rujukan akan datang.
BACA JUGA: 5 Tips Bantu Anak Menggunakan Gajet Dan Teknologi Untuk Belajar
Menggunakan Aplikasi Terbina iPhone – Notes
- Notes merupakan aplikasi yang hadir terbina pada iPhone.
- Pengguna hanya perlu menggunakan ciri membuat Nota baharu, dan seterusnya memilih imbasan dokumen melalui penambahan gambar.
- Rakamkan gambar, dan boleh laraskan sudut untuk dokumen bagi memastikan hasil rakaman akhir adalah kemas.
- Kekurangan – kaedah melaraskan sudut dokumen agak kurang mesra pengguna kerana sukar melihat sudut dokumen berkenaan.
Menggunakan Aplikasi Google Photoscan
- Penawaran daripada Google untuk iPhone dan Android.
- Pengguna perlu gerakan telefon ke beberapa sudut untuk rakaman yang lebih jelas – lampu Flash akan diaktifkan automatik pada peranti anda.
- Hasil rakaman dikongsikan dalam bentuk gambar, ada penanda logo Photoscan pada hasil perkongsian.