Instagram Mula Memaparkan Iklan Sehingga 30 Saat

Instagram merupakan salah satu aplikasi yang menjana pendapatan melalui paparan pengiklanan. Mereka sedia memaparka iklan pada bahagian latar perkongsian biasa dan juga Stories. Hari ini, Instagram menambah paparan iklan pada satu lagi ruangan mereka, iaitu di bahagian Instagram Reels.


Instagram Reels merupakan ciri seumpama TikTok pada aplikasi Instagram – membolehkan pengguna menatal kebawah untuk melihat perkongsian video melaluinya.

Dengan paparan iklan pada Reels, ia menawarkan bentuk pengiklanan baru – dimana iklan akan berbentuk loop – yang mana berulang-ulang sehingga diubah pengguna, seperti menonton video Reels yang lain. Pengguna juga turut boleh meninggalkan komen pada iklan berkenaan.

Perkongsian iklan pada bahagian Reels ini boleh sepanjang sehingga 30 saat, dan mula diperkenalkan pada peringkat global.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!