Setting Mobile YouTube Anak-Anak Supaya Tak Tonton Video Tidak Bermoral

Hampir kesemua kanak-kanak sudah mempunyai telefon pintar. Tambah-tambah lagi sekarang ia salah satu keperluan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Namun, internet yang luas tanpa sempadan ini kadangkala memberikan impak negatif kepada anak-anak jika disalah guna.


Salah satu platform yang kerap digunakan adalah YouTube. Pasti anda pernah terbaca dimana terdapat beberapa video seperti Upin Ipin tetapi kandungannya jauh terpesong kerana mengandungi unsur lucah.

Oleh itu, di sini kami kongsikan bagaimana untuk mengehadkan akses kandungan tidak bermoral itu dipaparkan pada peranti anak-anak.


Pertama sekali, buka aplikasi YouTube dan klik ikon akaun. Kemudian, klik pada Settings>General dan tekan pada Restricted Mode.

Selesai, maka kandungan-kandungan di YouTube yang mempunyai unsur keganasan atau seksual mahupun barang-barang terlarang akan disekat.


Walau bagaimanapun, ibu bapa masih lagi perlu memantau aktiviti anak-anak kerana menurut pihak YouTube, video yang ditapis tidak 100% tepat. Jadi, ibu bapa turut boleh menggunakan aplikasi Google Family Link bagi memudahkan pemantauan.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!