Tidak Ada 'Online' Status Pada Akaun WhatsApp Business

Perniagaan dalam talian sudah mula digunakan oleh ramai individu pada masa kini. Salah satu platform yang sering digunakan adalah WhatsApp.


Seperti yang diketahui, WhatsApp Business telah banyak menerima penambah baikan. Selepas ini, privasi pengguna akaun WhatsApp Business mungkin akan lebih baik.

BACA JUGA: Facebook Akan Melancarkan Ciri Kedai Instagram ke Whatsapp

Hal ini kerana WABetaInfo melaporkan yang mana WhatsApp telah menyembunyikan ciri "online status" bagi akaun bisnes untuk pengguna beta di peranti Android.

Bermakna, pemilik akaun WhatsApp Business tidak lagi akan dipaparkan "online" atau "last seen today at..".

BACA JUGA: Cara Membuat Status WhatsApp Tidak Dibaca oleh Orang Lain

Pun begitu, sekiranya tiada perubahan pada versi beta ini pada masa hadapan, ia mungkin akan ditawarkan juga pada peranti iOS serta WhatsApp Web.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!