Instagram Menguji Kebolehan Pelekat Pautan Untuk Stories

Instagram mempunyai ciri yang membolehkan pengguna menambah pautan ke dalam stories. Bagaimanapun, ia terhad kepada mana-mana pengguna yang mempunyai jumlah pengikut sekurang-kurangnya 10,000 dan keatas sahaja buat masa ini. Tetapi, tidak lama lagi nampaknya keadaan akan berubah dan ciri ini bakal diperluaskan lagi kepada ramai pengguna.

Instagram kini dilaporkan mula menguji kebolehan pelekat pautan pada sokongan stories. Berbeza dengan ciri sedia ada, ia tidak didatangkan dengan kebolehan meleret keatas (swipe-up). Sebaliknya, pengguna boleh berkongsi pautan menggunakan pelekat yang tersedia. Ia tidak terhad disitu sahaja, tetapi pengguna juga mempunyai kebolehan untuk meninggalkan atau berbalas komen pada stories berkenaan.

Fungsi ini masih lagi diperingkat pembangunan dan ujian kecil sahaja. Ianya juga dikatakan sekadar terhad untuk sokongan stories dan Instagram tidak mempunyai sebarang perancangan lanjut untuk memperluaskannya ke mana-mana bahagian lain. Buat masa ini, masih belum diketahui bilakah Instagram akan memperkenalkannya secara meluas.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!