Anda Boleh Gunakan YouTube Shorts

Sejak dilancarkan ciri Shorts ini terhad di beberapa negara sahaja dan negara lain jika ingin menggunakannya, perlu letak tanda tagar #shorts jika ingin terbit video pendek sendiri.

Di aplikasi YouTube, barisan Shorts sudah boleh dilihat sejak beberaoa bulan lalu. Kini akhirnya YouTube Shorts hadir ke Malaysia secara rasmi. Pengguna boleh menggunakan aplikasi YouTube untuk terbit video pendek seakan TikTok tersendiri.


Untuk menggunakannya tekan ikon “+” dalam bulatan di bahagian tengah bawah > tekan ikon kamera dengan teks “Buat Short” > pemidang tilik (viewfinder) dengan butang pengatup, ikon galeri, ciri Tambahkan Bunyi, kemampuan Baliikan, ubah Kelajuan serta tetapkan Pemasa boleh kelihatan.

Ia adalah perakam dengan ciri suntingan paling asas seperti kebolehan masukkan tekskemampuan menambah kapsyenrakaman video hingga 60 saatmemasukkan klip daripada galeri peranti dan juga gunakan penuras asas.


Buka aplikasi YouTube dan cari barisan Shorts, jika video anda popular ia akan dipaparkan di kategori Shorts. Atau cari sahaja shorts, YouTube akan paparkan keputusan di mana barisan pertama adalah video pendek terlebih dahulu. Bergantung kepada saluran, anda juga boleh cipta video pendek sendiri degan tekan ikon Buat pada bawah judul video. 

Video yang diterbit dilihat akan disenaraikan di saluran rasmi pengguna. Tidak pasti jika ia boleh disembunyikan atau tidak.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!