Ciri Mengubah Ikon Twitter Blue Muncul Untuk Pengguna Android

Twitter Blue adalah pelan langganan berbayar pertama daripada Twitter. Dengan pelan ini, iaitu pada harga RM12.90 sebulan.Twitter akan mengaktifkan pelbagai ciri dan fungsi menarik seperti menarik semula ciapan, menukar ikon, menukar warna, tiada iklan, fungsi artikel menarik, mod membaca dan pelbagai lagi.


Baca Juga: Cara Muat Turun Video daripada Twitter Tanpa Memasang Aplikasi Tambahan


Pelan ini turut membenarkan pengguna mengubah gambar profil menggunakan NFT yang sedia dimiliki. Namun Twitter Blue hanya terhad pada iOS dan web dan di negara-negara terpilih sahaja seperti Amerika Syarikat. Ciri ini sejak kebelakangan ini mula muncul kepada beberapa pengguna di negara lain, termasuk di Malaysia. Ia adalah petanda yang ciri ini mungkin akan diperluaskan ke lebih banyak platform di seluruh dunia.


Ciri pengguna Twitter Blue yang sedia melanggan melalui iOS mula menerima ciri mengubah ikon pada peranti Android. Ikon ini adalah ikon yang dipaparkan pada skrin utama peranti dan Twitter menawarkan pelbagai rekaan menarik, warna lain serta turut ada tema mengikut musim.




Tetapi ciri ini sebenarnya bukanlah kali pertama ciri Twitter Blue muncul untuk Android. Sudah banyak dari bahagian pelayan ia mula muncul untuk pengguna Android. Saya yang sudah berbulan melanggan mula melihat ciri ini pada Redmi Note 11 dan baru-baru ini pada Pixel 6. Namun ia kejap ada kejap tiada dan walaupun dengan VPN Amerika Syarikat ciri ini turut tidak akan kekal pada peranti Android.


Baca juga: TikTok Mempertimbangkan Memanjangkan Durasi Video Hingga 10 Minit


Adakah anda akan melanggan Twitter Blue, jika ciri yang ditawarkan terhad pada Android dan hanya fungsi penuh di iOS dan web?

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!