YouTube Menghalang Kandungan Dari Media Rusia Di EU dan UK


Satu demi satu halangan mula dikenakan ke atas Rusia. Sebelum ini YouTube menghalang saluran media Rusia seperti Sputnik dan Russia Today dari mengakses pengiklanan. Hari ini mereka dikenakan pula halangan dari kandungan diakses pengguna di negara ahli Kesatuan Eropah (EU) dan United Kingdom.

  Baca Juga: Ciri Mengubah Ikon Twitter Blue Muncul Untuk Pengguna Android


Halangan diumumkan oleh Google pagi ini bagi menghalang penyebaran kandungan yang dilihat sebagai propaganda Rusia untuk menghalalkan serangan ke atas Ukraine. Selepas hampir seminggu konflik bermula, Rusia menggiatkan serangan mereka ke Kharkiv semalam.

 Baca Juga: Takut 'Tersenarai kematian' Warga Ukraine kunci Facebook, guna Signal

Rusia telahpun memberi amaran kepada syarikat media sosial dari Amerika Syarikat untuk mengembalikan akses pengiklanan kepada akaun media dari negara mereka semalam. Dengan konflik masih belum menunjukkan petanda ia akan berakhir. Malahan Apple misalnya tidak lagi menawarkan produk secara atas talian di Rusia dengan pengeluar cip global menghentikan penghantaran serta merta.

Baca Juga: TikTok Mempertimbangkan Memanjangkan Durasi Video Hingga 10 Minit

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!