Twitter Hadapi Masalah Untuk Diakses


Perkhidmatan Twitter kini dilihat menghadapi masalah dan kesukaran untuk diakses. Sebab utama disebaliknya tidak diketahui lagi, dan laman status Twitter memaparkan semua beroperasi seperti biasa buat masa ini.

 

Namun, melalui percubaan, walaupun ia memuatkan Tweet baharu, tetapi ia dilihat menghadapi masalah memaparkan sesuatu Tweet, atau balasan untuk Tweet berkenaan.

Pengguna juga kadang-kala di log keluar secara automatik.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkenaan perkhidmatan ini yang digunakan lebih 217 juta pengguna aktif setiap hari.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!