Penjual Di Shopee Akan Tanggung Untuk Caj FSF Dan RSF Pesanan Tidak Berjaya

Penjual Di Shopee Akan Tanggung Untuk Caj FSF Dan RSF Pesanan Tidak Berjaya

Berkuat-kuasa 9 Mei 2022 kelak, untuk semua pesanan yang diluluskaan untuk “Refund”, bayaran pesanan tidak berjaya yang dikenakan rakan kongsi logitik, akan ditanggung oleh penjual – meliputi Forward Shipping Fee (FSF) dan juga Return Shipping Fee (RSF).

FSF adalah nilai bayaran sebenar yang dikenakan oleh rakan logistik untuk memajukan penghantaran ke alamat – dimana ia ditanggung oleh pembeli pada hari ini. Sementara RSF adalah yuran untuk penghantaran kembali sesuatu barangan kepada penjual – yang mana ditanggung oleh Shopee buat masa ini.

Bermula 8 Mei 2022, kedua-duanya akan ditanggung oleh penjual sekiranya berlaku kesilapan pada pihak penjual.

Kebiasaannya, perkara ini akan berlaku apabila barangan yang dihantar adalah salahpalsutidak lengkap atau rosak.

Jika pesanan tidak berjaya bukan disebabkan oleh kesalahan penjual, maka penjual boleh melakukan pertikaian, dan menuntut bayaran kembali untuk pesanan tidak berjaya.

Penjual Di Shopee Akan Tanggung Untuk Caj FSF Dan RSF Pesanan Tidak Berjaya


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!