Tiktok Adalah Platform Hiburan Dan Bukannya Sebuah Platform Sosial

Tiktok Adalah Platform Hiburan Dan Bukannya Sebuah Platform Sosial

TikTok telah menjadi salah satu platform yang popular menjana lebih 1 trilion tontonan video setiap bulan, di Asia Tenggara sahaja.

Berkongsi lanjut berkenaan dengannya, kini TikTok mengatakan mereka adalah platform hiburan dan bukannya sebuah platform sosial.

Tiktok Adalah Platform Hiburan Dan Bukannya Sebuah Platform Sosial

Orang ramai menggunakan TikTok dalam mendapatkan hiburan, dan bukannya untuk berhubung dengan rakan-rakan. Malah, mengikut statistik, sekitar 35% kurang menonton TV atau video, sejak menggunakan TikTok sebagai alternatif untuknya.

Pada masa yang sama, algoritma TikTok turut dioptimasikan untuk memperlihatkan kandungan yang disukai oleh seseorang pengguna – dan bukannya menggunakan “graf sosial” untuk memperlihatkan kandungan sama seperti rakan-rakan seseorang.

Dengan langkah ini, TikTok kini dilihat memposisikan diri mereka sebagai platform hiburan yang membawa keceriaan kepada semua, dan bukannya sebuah platform sosial yang sering terkait dengan pelbagai masalah.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!