WhatsApp Business Menawarkan Pelan Langganan Berbayar

WhatsApp Business Menawarkan Pelan Langganan Berbayar

Antara ciri paling menarik WhatsApp perkenalkan untuk semua sejak tahun lepas adalah ciri peranti terpaut, atau sokongan multi-peranti. Ini kerana pengguna akhirnya boleh menggunakan WhatsApp web atau dekstop tanpa telefon utama sentiasa ada bateri atau bersambung pada Internet.

Walaupun ia adalah multi-peranti, penggunaannya agak terhad berbanding apa yang Telegram tawarkan. Ciri Peranti Terpaut ini akan dikembangkan lagi khusus untuk pengguna WhatsApp Business, di mana dengan satu nombor ia boleh dipautkan kepada banyak peranti agar pekerja berbeza dalam satu syarikat boleh sama-sama menghubungi pelanggan.

WhatsApp Business Menawarkan Pelan Langganan Berbayar

WhatsApp juga mungkin akan hadir dengan pelan langganan berbayar untuk pengguna WhatsApp Business. Walaupun tiada butiran jelas mengenainya, mereka menyatakan jika ciri Peranti Terpaut menyokong empat peranti – langganan berbayar ini mungkin boleh membenarkan satu nombor dipautkan kepada sepuluh peranti pada satu masa agar lebih ramai pekerja dalam satu syarikat atau satu pasukan boleh menghubungi pelanggan/klien.

Pelan langganan ini juga dikatakan adalah pilihan dan tidak wajib. Butiran lanjut mungkin akan didedahkan tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!