Realme GT Neo3 Naruto Edition

Realme GT Neo3 Naruto Edition

Realme GT Neo 3 Naruto Edition telah dilancarkan di China. Pengenalannya sekaligus menjadi penawaran terkini untuk peranti edisi terhad keluaran Realme selepas variasi DragonBall dan FreeFire sebelum ini. Seperti namanya, peranti pintar ini menampilkan kemasan yang bertemakan anime popular Naruto.

Ia menggunakan tubuh dengan kombinasi warna hitam dan jingga yang sepadan dengan jumpsuit ikonik dipakai oleh Uzumaki Naruto. Seterusnya, bonggol kamera besar berwarna perak dengan sistem tri-kamera turut disertakan pada panel belakangnya. Di mana, ia diperbuat daripada bahan berasaskan logam dan terdapat juga penjenamaan bersama Realme dan Naruto melaluinya.

Realme GT Neo3 Naruto Edition
Tiada sebarang perubahan spesifikasi yang dilakukan, sebaliknya peranti hanya disertakan dengan antaramuka tersesuai dan latar belakang bertemakan Naruto yang menarik untuk digunakan. Dalam masa sama, akseseori lain seperti kepala pengecas, kabel, pencungkil sim dan manual turut mempunyai tema yang sama.

Realme GT Neo3 Naruto Edition

Realme GT Neo 3 Naruto Edition didatangkan dengan kotak pembungkus berwarna coklat beserta hadiah menarik berupa beg berbentuk scroll seperti yang boleh ditemui dalam anime tersebut. Untuk harga, ia dijual pada RMB2,799 (~RM1,827) dengan variasi 12GB RAM + 256GB.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!