Alam Kecil Dan Alam Besar



Insan Itu alam kecil dalam bentuk zahirnya
Insan itu alam besar dalam bentuk batinnya
Inilah pendapat para sufi dan auliya
Yang sukar difahami orang biasa
 
Dari segi lahirlah
Dari dahan asalnya buah
Dari segi batiniah
Wujudnya dahan untuk buah
 
Jika tidak kerana buah,mahukah anda menanam pokok
Meskipun kelihatannya buah keluar dari pokok
Segi hakikatnya dari buah lahirnya pokok
Buah dulu kemudian pokok
 
Pada segi hakikat kita paling awal dijadikan
Pada segi lahirnya kita paling kemudian dijadikan
Inilah pendapat sufi sekalian
Yang mendalami rahsia insan
 
Kita anak adam pada zahirnya
Kita bapa adam pada hakikatnya
Badan atau nyawa iyulah asal usulnya
 
Ruh itu hakikatnya
Badan itu lahirnya
Badan lahir darinya
Seperti pokok lahir dari buahnya
 
Hakikat itu yang pertama
Zahirkemudian di alam nyata
Hakikat itu kekal selamanya
Yang zahir itu akan binasa.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!