Musuh Manusia

Musuh Manusia


Banyak sungguh musuh insani
Tidak nampak kerana tersembunyi
Hanya orang yang berhati-hati
Sebenarnya pandai bijak bistari
 
Musuh yang ghaib tidak kelihatan
Jahat dan baik berbagai keadaan
Sentiasa menggoda hati insan
Setiap saat setiap zaman
 
Bisikan syaitan membawa kejahatan
Ilham malaikat membawa kebaikan
Datang dari segenap jurusan
Untuk mempengaruhi diri insan
 
Tungguhlah hingga kesedaran bertukar keadaan
Supaya dapat membezakan mana malaikat mana syaitan
Mana yang patut ditolak,mana yang patut diterimakan
Agar selamat dirimu insan.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!