Nama Kita Yang Hakiki

Ada satu ayat dari quran yang mulia
Bermaksud `Dia ajar adam nama-nama'
Ayat tiga puluh satu surah dua
Tahukan anda rahsianya
 
Orang sufi yang arif bijaksana berkata
Bahawa nama sesuatu itu bentuk luar saja
Pada allah nama itu batin atau hakikatnya
Nama itu menunjukkan batinnya
 
Pada nabi musa tongkatnya tongkat semata
Tapi pada allah nama tongkat itu ialah naga
Nama kita yang hakiki ialah maksudnya
Maksud batin yang empunya nama.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!