Data Peribadi Lebih 533 Juta Pengguna Facebook Tertiris Di Web – Termasuk Lebih 11 Juta Dari Malaysia

 

Pada awal tahun ini, kita telah mendengar mengenai lebih 533 juta data pengguna peribadi Facebook yang ditawarkan pengodam secara berbayar menggunakan sebuah bot Telegram. Kini, data berkenaan dilihat hadir kembali ke arena web, dan tertiris secara percuma.

Data yang terlibat adalah termasuk berkenaan nombor telefon pengguna, tarikh lahir, alamat emel, dan juga lokasi.

Mengikut pengkaji sekuriti, daripada 533 juta data yang tertiris ini, sekitar lebih 11 juta adalah melibatkan pengguna dari Malaysia.

Untuk makluman, data yang tertiris ini melibatkan kerentanan yang lama, dan telah diatasi pada Ogos 2019 yang lepas. Namun, memandangkan data berkenaan sedia tertiris, maka Facebook mungkin sukar untuk mengawal penyebarannya.

Apa pun, untuk para pengguna, anda dinasihatkan untuk berhati-hati dengan sebarang panggilan yang mencurigakan – kerana pengodam dan pihak tidak bertanggungjawab boleh menggunakan kaedah “kejuruteraan sosial” dalam menyerang seseorang pengguna.


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!