Mereka Yang Sudah Menerima Dua Dos Suntikan Vaksin Akan Bebas Merentas Negeri Dan Daerah


 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan memasuki fasa kedua bulan ini dengan tujuan memberikan suntikan kepada golongan yang berisiko tinggi. Hari ini Perdana Menteri berkata kelak mereka yang sudah menerima dua dos suntikan vaksin akan dibenarkan merentas negeri dan daerah dengan bebas.


Perkara ini telah dibincangkan beliau dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara baru-baru ini tetapi cuma belum diwartakan lagi. Dengan ini tiada lagi keperluan bagi golongan ini untuk meminta kebenaran dari polis untuk merentas negeri. Pada waktu ini hanya sebilangan kecil penerima fasa satu seperti Perdana Menteri sendiri telah menerima kedua-dua dos.

Di Malaysia, mereka yang telah menerima suntikan imunisasi boleh menunjukkan bukti terus dari dalam aplikasi MySejahtera. Akan terpapar sijil digital lengkap dengan jenis vaksin yang diterima, di mana dan kelompok mana. Bagi mengelakkan pemalsuan, sijil ini disimpan di rantaian blok seperti yang diumumkan oleh Khairy Jamaluddin sebelum ini.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

BACA JUGA!